Kelab Greece berminat untuk menandatangani pemain sayap Arsenal, melihat kesepakatan pinjaman dalam jendela perpindahan akan datang.
Menurut laporan media Greece, Olympiacos berminat untuk menandatangani pemain sayap Arsenal, Reiss Nelson dengan langkah pinjaman.
Olympiacos berada di pasaran perpindahan untuk mencari pemain yang mampu menguatkan lagi jentera serangan pasukan dan mereka telah melengkapkan perpindahan penyerang Porto, Tiquinho Soares baru-baru ini.
Tiquinho Soares |
Setelah memenangi gelaran liga (Juara Liga Super) dengan selesa musim ini (yang baru berakhir), dilaporkan pengurus Pedro Martins berminat untuk memperkuatkan skuadnya kerana mereka akan beraksi di kejohanan Liga Juara-Juara musim depan.
Manakala pemain Arsenal, Nelson pula dilaporkan berada dalam radar kelab Greece itu mengikut laporan SDNA.
Mereka juga melaporkan dimana Olympiacos turut memerhatikan pemain sayap Karagumruk dari Senegal, Alessane N'dao.
Musim ini, Nelson hanya membuat sembilan penampilan senior untuk Arsenal dan hanya dua dari penampilan itu adalah untuk saingan Liga Perdana Inggeris.
Nelson sebelum ini pernah dipinjamkan kepada pasukan Jerman, Hoffenheim dan langkah sementara seperti itu dilihat menjadi pilihan sekali lagi.
Kontrak pemain berusia 21 tahun bersama Arsenal akan berakhir pada akhir Jun 2023, tetapi dia mungkin perlu membuat keputusan mengenai masa depannya menjelang musim panas ini memandangkan kekurangan peluang yang dia perolehi musim lalu.