Usaha Arsenal untuk mengambil kesempatan di atas masalah kewangan Barcelona gagal setelah pemain tersebut tidak berminat dengan perpindahan ke Emirates.
Bek kanan Barcelona, Sergino Dest telah memberitahu Arsenal bahawa dia tidak berminat untuk berpindah ke Emirates musim panas ini.
Itu menurut Sport, yang mengatakan pemain Amerika itu telah menjelaskan bahawa dia tidak mahu meninggalkan Camp Nou setelah hanya satu musim bersama mereka.
Akhbar itu menjelaskan bahawa Dest hanya memikirkan tentang Barcelona pada masa ini walaupun tahun pertamanya bersama kelab itu begitu sukar.
Dia bergelut untuk mencari prestasi yang konsisten sejak tiba dari Ajax dan menyedari keperluan Barca untuk mengumpulkan dana pada musim panas ini kerana kedudukan ekonomi mereka yang sukar.
Barcelona menandatangani Dest adari Ajax pada 1 Oktober 2020 dengan bayaran awal € 21 juta ditambah lagi € 5 juta dalam bayaran tambahan. |
Kerisauan pemain itu turut ditambah dengan tekanan dimana beberapa kelab telah berusaha untuk mendapatkan khidmatnya namun dia tahu perancangan dan hala tuju masa depannya.
Salah satu kelab yang dilaporkan berminat adalah Arsenal, bersama Juventus dan Bayern Munich, tetapi ketiga-tiga mereka telah diberi satu jawapan yang sama oleh pemain tersebut - "Saya hanya memikirkan Barca."
Sport mengatakan pertahanan itu memberikan komitmen penuh terhadap kelab dan dia hanya mahu meningkatkan prestasinya bersama Barcelona serta mahu membuktikan bahawa kelab Sepanyol itu berbaloi mendapatkan khidmatnya musim panas lalu.
Oleh itu, Arsenal harus mengalihkan perhatian mereka ke tempat lain kerana pemburuan bek kanan baharu pada musim panas ini nampaknya terus menemui kegagalan.