Arsenal dilaporkan berminat terhadap bek kanan Atletico Madrid, Kieran Trippier.

Arsenal mahukan Kieran Trippier tetapi dia lebih suka menyertai Manchester United.

Menurut Marca, The Gunners sedang melihat kesepakatan pertukaran yang dapat menyaksikan Hector Bellerin bergerak ke Madrid dan pemain Atletico itu akan ke London.

Trippier yang memenangi gelaran La Liga bersama Atletico musim lalu, masih mempunyai kontrak sehingga 2023 bersama kelab Sepanyol itu dan dilaporkan telah memulakan pemburuan rumah baharu serta berpotensi kembali ke England.

Manakala Bellerin yang telah menjadi pemain utama Arsenal sejak beberapa musim kebelakangan ini, difahamkan ingin berpindah keluar yang mana hasratnya sebelum ini telah disekat.

Namun dilaporkan telah diberi keizinan untuk berpindah ke tempat lain pada musim panas ini.

Dia adalah antara kumpulan pemain senior yang boleh meninggalkan kelab dengan Mikel Arteta bersedia untuk melakukan perubahan yang diperlukan pada skuadnya.

Pemain berusia 26 tahun ini sangat dikagumi oleh pengarah sukan Atletico, Andrea Berta dan The Gunners merasakan terdapat peluang di sini untuk melakukan urusniaga perpindahan.

Pun begitu, Arsenal dijangka menghadapi persaingan dari kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United untuk menandatangani Trippier.

Menurut laporan dari Mirror, United berminat terhadap bekas bintang Spurs itu kerana ingin memberikan saingan kepada Aaron Wan-Bissaka.

The Red Devils percaya bahawa tawaran antara £15-20 juta sudah mencukupi untuk meyakinkan Atletico supaya menjual Trippier.

Malah laporan itu turut mendedahkan bahawa Trippier telah memberitahu rakan sepasukannya di England bahawa dia mahu berpindah ke Old Trafford pada musim panas ini.

Melihatkan situasi ini, agak sukar buat Arsenal melainkan mereka mampu melakukan tawaran yang menggoda yang tidak mampu ditolak Atletico dan pemain itu sendiri.

Lebih-lebih lagi kedudukan di tangga kelapan liga musim lalu tidak mampu membantu The Gunners untuk menggoda dan mendapatkan pemain ini setelah kehilangan aksi Eropah musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post