Atletico Madrid mahukan Hector Bellerin sebagai pengganti Kieran Trippier.

Atletico mahukan Hector Bellerin sebagai pengganti Kieran Trippier, Arsenal mahu dapatkan Zeki Celik sebagai pengganti Bellerin.

Juara La Liga, Atletico Madrid memantau pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin kerana mereka menganggapnya sebagai pengganti berpotensi untuk Kieran Trippier, menurut Marca.

Walaupun Trippier tampil dengan konsisten bersama pasukan Diego Simeone musim lalu, namun pemain itu telah dikaitkan dengan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 30 tahun itu mungkin tergoda untuk kembali ke EPL setelah Manchester United dan Everton, masing-masing dikreditkan dengan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kieran Trippier membantu Atletico Madrid menjulang trofi La Liga musim lalu.

Bellerin pula, bergelut untuk beraksi bersama Arsenal dipenghujung akhir musim lalu kerana Mikel Arteta lebih memilih Calum Chambers berbanding pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Pemain berusia 26 tahun itu berada di fasa kariernya di mana dia akan menginginkan peranan yang lebih menonjol dalam rancangan skuad kebangsaan Sepanyol, dan perpindahan ke Atletico dapat membantunya mencapai matlamat tersebut.

Selain Atletico, Bellerin juga dikaitkan dengan potensi perpindahan ke Paris-Saint Germain, AC Milan dan Real Betis.

Manakala Arsenal disudut lain telah mengenal pasti pemain pertahanan Lille, Zeki Celik sebagai pengganti berpotensi untuk Bellerin, menurut Evening Standard.

Arsenal mensasarkan Zeki Celik sebagai pengganti berpotensi untuk Bellerin.

Pemain antarabangsa Turki itu memainkan peranan penting dalam membantu Lille memenangi Ligue 1 musim lalu dan akan menjadi alternatif yang kuat untuk Bellerin.

Arsenal perlu melepaskan pilihan pertahanan mereka setelah mengharungi kempen yang mengecewakan, dan membuang Bellerin akan menjadi langkah yang masuk akal walaupun terdapat perasaan sentimental terhadap pertahanan kanan The Gunners ini.

Namun dalam melakukan perubahan demi kebaikan masa depan kelab, tindakan ini adalah dilihat wajar walaupun pahit untuk ditelan.

Ini kerana jelas sekali Arteta tidak menganggapnya penting dalam skuad, berdasarkan penampilan yang diberikan kepada Bellerin.

Post a Comment

Previous Post Next Post