Bagaimana Tierney dan Robertson berjaya bermain bersama untuk Scotland.

Gandingan dua pemain hebat yang beraksi di posisi yang sama.

Memiliki terlalu ramai pemain yang bagus dalam kedudukan (posisi) yang sama boleh menjadi masalah kepada pengurus dan juga pasukan itu sendiri.

Inilah yang terjadi kepada pasukan kebangsaan Scotland yang menghadapi situasi ini tidak lama dahulu ketika mereka berusaha menampung Kieran Tierney dan Andrew Robertson dalam skuad mereka.

Duo Liga Perdana Inggeris itu bermain di bek kiri untuk kelab masing-masing, yang menyukarkan penggunaannya bersama.

Steve Clarke pengurus pasukan kebangsaan Scotland.

Namun, pengurus Steve Clarke telah mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan formasi 3-5-2 (walaupun diatas kertas 5-3-2) dengan Tierney sebagai bek tengah di sisi kiri dan Robertson di sayap belakang (wing back).

Pemain Arsenal itu sebelumnya digunakan sebagai bek kanan untuk menampungnya dalam pasukan, tetapi penggunaannya di posisi baharu nyata memberi kesan dan berfungsi lebih baik.

Formasi yang digunakan Clarke ketika menentang Belanda dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

Ini dibuktikan dalam perlawanan persahabatan terakhir mereka, di mana pasukan Clarke memperolehi keputusan mengejutkan ketika menentang Belanda.

Mereka dua kali mendahului lawan sebelum pasukan Belanda itu berjaya mengikat perlawanan untuk berkesudahan terikat 2-2.

Keputusan perlawanan persahabatan Scotland menentang Belanda pada 3 Jun lalu.

Ia menjadi pertanda baik buat pasukan Scotland itu ketika mereka menuju ke Kejuaraan Eropah, tetapi apa yang menjadikan sistem ini berfungsi?

Dalam kes Tierney, dia memiliki pengalaman bermain dalam peranan ini bersama Arsenal dan bekas kelabnya, Celtic.

Dia kerap ditugaskan di posisi tersebut oleh Mikel Arteta dan ini termasuklah ketika The Gunners menjuarai Piala FA pada 2019/20.

Tierney beraksi di posisi pertahanan tengah disisi kiri ketika membantu Arsenal menjuarai Piala FA 2020.

Manakala Robertson pula, sudah biasa bersama Liverpool yang mana sistem pasukan itu memberikan dia kebebasan untuk berkeliaran dan bergerak maju dengan bebas kerana terdapat pemain tengah yang ada untuk menutupinya, ini tidak memberikan masalah kepadanya dalam bergandingan bersama Tierney.

Ini kerana dia dapat melakukan hal yang sama untuk pasukan negaranya kerana rakan sepasukannya yang turut beraksi di Liga Perdana Inggeris ada untuk melengkapi dan melindunginya.

Walaupun digunakan sebagai bek tengah, Tierney berfungsi sebagai bek belakang tambahan yang mampu bergabung dalam serangan.

Apabila digabungkan dengan kecenderungan semula jadi Robertson untuk naik ke sayap kiri, ia memberi pasukan Scotland dimensi tambahan.

Clarke telah menemui formasi yang dapat mengeluarkan perkara terbaik dari kedua-dua pemain pertahanannya itu tanpa mengurangkan keberkesanannya. 

Ini memberikan Scotland peluang lebih baik untuk menentang pasukan yang lebih besar.

Tierney dan Robertson telah berada dalam prestasi yang baik untuk kelab masing-masing dan duo ini berharap dapat mengulanginya di peringkat lebih tinggi iaitu bersama skuad kebangsaan Scotland untuk aksi antarabangsa.

Mereka dapat melakukannya dalam formasi permulaan yang digunakan ketika menentang Belanda dan gandingan mereka berdua itu juga berpotensi untuk memberikan aksi Scotland di kejohanan Euro 2020 satu kejohanan yang bakal dikenang oleh Tartan Army.

Post a Comment

Previous Post Next Post