Arsenal bakal bersaing dengan Barcelona untuk menandatangani penyerang Internacional, Yuri Alberto.
The Gunners akan akan menerima saingan Barcelona dalam perlumbaan untuk menandatangani penyerang Internacional, Yuri Alberto pada musim panas ini, menurut laporan dari Brazil, Globo Esporte.
Arsenal mula meminati pemain berusia 20 tahun itu ketika dia berada di Santos pada tahun 2017, tetapi mereka gagal mencapai persetujuan dalam melakukan perpindahan dengan pasukan Serie A itu.
Alberto kemudian meninggalkan Santos untuk menyertai Internacional musim panas lalu, dan sejak itu dia mencatatkan 17 gol dan dua bantuan gol dalam 49 penampilan.
The Gunners telah menghidupkan kembali minat mereka terhadap penyerang itu tetapi bakal menerima persaingan dari gergasi Sepanyol, Barcelona.
Alberto memiliki pasport EU yang menarik perhatian Blaugrana, sementara itu juga akan meningkatkan peluangnya untuk mendapatkan permit kerja di England.
Internacional menjangkakan nilai sekurang-kurangnya €15 juta untuk aset berharga mereka, tetapi nilai tersebut boleh meningkat sehingga €20 juta sekiranya terdapat persaingan ataupun perebutan dikalangan pihak berminat.
Arsenal vs Barcelona untuk pemain Brazil.
Barcelona dikenali dengan banyak merekrut bakat berkualiti dari Brazil, dengan Emerson menjadi pemain terbaru untuk menyertai mereka dalam menghadapi saingan musim depan.
Emerson dimiliki bersama oleh kelab La Liga, Real Betis, tetapi Blaugrana memperolehi hak sepenuhnya ke atas pemain itu minggu ini, setelah membayar sekitar € 9 juta kepada Los Verdiblancos.
Mereka baru-baru ini juga mengumumkan kemasukan Sergio Aguero dengan perpindahan percuma, namun mereka mungkin menyiapkan diri untuk masa depan dengan menandatangani Alberto.
Meskipun memiliki pasport EU, kemungkinan kemasukan Alberto musim panas ini hanya untuk bermain dengan pasukan kedua mereka (Barcelona B) sebelum melangkah ke pasukan utama musim seterusnya.
Sementara itu, The Gunners juga menemui kejayaan dengan munculnya Gabriel Martinelli, yang tidak dikenali di Brazil namun mencipta nama bersama Arsenal.
Arsenal ketika ini sedang giat mencari penyerang dengan kemungkinan Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah akan meninggalkan Emirates musim panas ini.
Alberto mungkin tidak memberikan penyelesaian segera kepada Arsenal, tetapi memiliki peluang lebih baik untuk membuat penampilan bersama skuad utama The Gunners jika dibandingkan dengan Barcelona.
Dengan Alberto mempunyai kontrak sehingga 2025, Internacional tidak menghadapi tekanan untuk memanfaatkan pemain antarabangsa Brazil Bawah-23 dan mereka dapat menunggu pemain itu berkembang dengan lebih baik sebelum menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.
Bagi Barcelona, mereka tidak berasa kerugian sekiranya gagal mendapatkan pemain ini memandangkan skuad mereka ketika ini dilihat mampu memberikan saingan kepada lawan musim hadapan.
Namun bagi Arsenal, dengan ketiadaan aksi Eropah dan hanya tertumpu kepada saingan domestik, memiliki pemain muda dengan harga murah dan berpatutan, pemain ini dilihat sebagai salah satu pilihan terbaik untuk dimiliki dalam membantu Mikel Arteta membentuk skuad berdaya saing musim seterusnya.