Jendela perpindahan musim panas 2021 akan dibukan (berlangsung) dari 9 Jun hingga 31 Ogos.
Dengan jendela perpindahan musim panas akan dibuka beberapa hari sahaja lagi, Arsenal seharusnya sudah pun mengenal pasti pemain-pemain yang dikehendaki dan sepatutnya juga sudah hampir menyelesaikan rundingan perpindahan.
Tidak dapat dinafikan pelaburan sebanyak 30 juta pound sterling ketika ini merupakan satu jumlah yang besar dengan mengambil kira situasi global yang terjejas teruk akibat penularan wabak coronavirus.
Pun begitu, pelaburan tetap diperlukan bagi memperkuatkan skuad untuk mengharungi musim baharu setelah menamatkan kempen dengan penuh duka - menduduki tangga kelapan musim lalu dan juga menyaksikan The Gunners sunyi tanpa aksi bolasepak Eropah buat pertama kali dalam sejarah sejak 25 tahun lalu.
Penularan wabak covid-19 menjejaskan ekonomi global termasuklah kewangan kelab bolasepak. |
Meninjau pasaran perpindahan, memang terdapat beberapa pemain yang boleh ditandatangani secara percuma, namun tulisan kali ini bukanlah untuk mengulas mengenai pemain tersebut.
Kali ini kita akan meninjau Bundesliga dan berusaha mencari pemain yang mungkin dapat membantu The Gunners.
Terdapat banyak bakat menarik disana dan mari kita lihat siapa mereka yang sebenarnya dalam tulisan kali ini - lima pemain Bundesliga yang harus Arsenal miliki.
1. Ridle Baku - bek kanan.
Pemain Jerman itu beraksi cemerlang sebagai pemain sayap kanan untuk Wolfsburg tetapi juga mampu beraksi bek kanan dan juga pemain tengah (central midfield).
Satu kelebihan buat Mikel Arteta yang gemar memiliki pemain yang mampu beraksi dalam beberapa posisi.
Pemain berusia 23 tahun ini bergandingan dengan baik bersama Kevin Mbabu dibahagian bek kanan dan perkara ini dapat ditiru atau dilaksanakan untuk The Gunners.
Arteta menggunakan khidmat pemain 'full back' dalam kebanyakan perlawanan The Gunners dan pemain seperti Baku dilihat sangat sesuai untuk itu.
Dengan stamina yang luar biasa, pemain muda dapat terus naik dan turun di sebelah kanan.
The Gunners dapat melakukan dengan perkara tersebut dengan pemain seperti ini jika mereka mencari pengganti Hector Bellerin yang telah dikaitkan dengan perpindahan.
Masih muda dan nilai pasaran sekitar €22 juta, ia boleh dikatakan satu pembelian dan pelaburan berbaloi buat Arsenal.
2. Marc Roca - pemain tengah bertahan dan pemain tengah (Defensive Midfield &Central Midfield).
Bahagian tengah adalah kawasan di mana The Gunners perlu melakukan beberapa penambahbaikan.
Dan Bundesliga adalah tempat dimana mereka dapat menemui banyak permata seperti pemain Sepanyol yang bermain untuk Bayern Munich.
Sejak berpindah dari Espanyol, Roca telah melihat peluangnya bersama pasukan utama Bayern begitu terhad yang mengakibatkan penampilannya tidak begitu banyak, hanya 13 penampilan untuk semua kejohanan musim lalu.
Tetapi dia memiliki semua kualiti yang diperlukan untuk berkembang di Emirates.
Sekiranya Mikel Arteta dapat menggandingkan pemain berusia 24 tahun dengan Thomas Partey, The Gunners akan mempunyai perkongsian yang seimbang di bahagian tengah.
Pemain Sepanyol itu dapat melindungi bahagian pertahanan dan memiliki kelebihan melakukan hantaran yang luar biasa, yang dapat membantu jentera serangan.
Menyertai gergasi Jerman itu pada Oktober 2020 dan mempunyai kontrak sehingga 2025, pemain ini mempunyai nilai harga €12 juta.
3. Wendell - bek kiri.
Salah satu kedudukan yang perlu ditangani oleh The Gunners adalah kawasan bek kiri. Tetapi sukar untuk mencari ataupun menjadikan seseorang sebagai sandaran (backup) kepada posisi yang telah dijamin kedudukannya seperti Kieran Tierney.
Oleh itu, salah satu pilihan terbaik untuk peranan ini adalah pemain Brazil dari Bayer Leverkusen.
Wendell tidak begitu banyak digunakan musim lalu dengan berada di bangku simpanan sebanyak 12 kali untuk aksi Bundesliga dan membuat penampilan secara keseluruhan untuk Leverkusen sebanyak 30 kali dalam semua kejohanan.
Pemain berusia 27 tahun itu memiliki kepantasan, kuat dalam pertahanan dan akan menjadi calon yang tepat untuk Tierney.
Meyakinkan dia untuk datang ke England mungkin sukar kerana minit permainan yang terhad yang akan dia akan dapat (menjadi pemain backup), tetapi ini akan menjadi perjanjian yang bijak.
Nilai pasaran semasa Wendell adalah sebanyak €6.5 juta dan kontrak dia bersama kelab Jerman itu akan berakhir pada Jun 2022.
4. Amine Harit - tengah menyerang (attacking midfield).
Kreativiti adalah sesuatu yang menjadi perkara pertaruhan The Gunners musim lalu dan bebannya jatuh sepenuhnya kepada Martin Odegaard dan Emile Smith-Rowe.
Dengan pemain Norway itu kembali ke kelab asalnya, Real Madrid, terdapat keperluan untuk memiliki pemain kreatif yang lain.
Pemain lain termasuk Julian Brandt dari Borussia Dortmund telah dicadangkan sebagai alternatif, tetapi pemain harus Arsenal pandang adalah seteru Dortmund iaitu Schalke.
Harit adalah seorang pemain tengah menyerang yang pantas dan mahir, yang mampu membawa orang lain ke dalam permainan dengan skill gelecekan dan melewati lawan dengan mudah.
Kelebihan dan keunikan ini dilihat sesuatu yang akan berguna di Emirates.
Menandatanganinya akan menjadi lebih mudah kerana Royal Blues telah tersingkir dari saingan tertinggi bolasepak Jerman.
Malah nilai pasarannya juga tidaklah begitu tinggi dengan berada sekitar €12 juta dan The Gunners juga beruntung untuk memilikinya kerana selain posisi tengah menyerang, Harit juga mampu beraksi dibahagian sayap kiri dan kanan.
Kelebihan yang menjadi keutamaan Arteta dalam membentuk pasukannya dengan memiliki pemain yang mampu beraksi lebih dari satu posisi.
5. Konrad Laimer - pemain tengah.
Sangat jarang untuk menjumpai pemain tengah yang boleh bermain pada mana-mana posisi di tengah padang.
Itulah tahap kemahiran dan bakat yang dimiliki Laimer yang membolehkannya menjadi jantung di tengah padang yang mampu menyumbang pada bahagian pertahanan dan juga serangan.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pemain berusia 24 tahun itu akan menjadi gandingan sempurna kepada Partey.
Pemain Austria itu mempunyai kepantasan, kemampuan bertahan dan menyerang yang diperlukan untuk berjaya di England.
Salah satu faktor yang memihak kepada The Gunners ialah Laimer tidak bermain terlalu banyak perlawanan untuk RB Leipzig dimana dia hanya membuat tiga penampilan Bundesliga musim lalu,
Pemain ini menyertai Leipzig dari Red Bull Salzburg pada tahun 2017 dan mempunyai kontrak sehingga Jun 2023.
Nilai pasaras semasa adalah sekitar €26 juta dan sekiranya The Gunners dapat membuat perjanjian dengan kelab Jerman itu, bahagian tengah skuad Arteta pasti akan lebih padu musim depan.
Rumusan dan penutup.
The Gunners walaupun tersingkir dari kejohanan Eropah musim depan, namun ini tidak bermakna mereka tidak perlu melakukan pembelian pemain baharu.
Masih terdapat keperluan untuk menambah baik skuad sedia ada dan kemasukan pemain baharu yang berkualiti adalah keutamaan pada jendela perpindahan musim panas ini.
Mungkin sukar untuk mendapatkan pemain berpengalaman dan matang, namun pemain-pemain muda dari Liga Jerman (yang disarankan di sini) akan berfungsi sebagai satu peningkatan kepada skuad yang ada ketika ini.
Sekiranya Arsenal dapat menandatangani beberapa pemain yang disebutkan di sini, ia akan mewakili satu urus niaga yang bijak pada akhirnya.
Bagaimana mereka menyelesaikannya dapat dilihat ketika jendela perpindahan dibuka nanti. Sama-samalah kita nantikan.