Bayer Leverkusen tidak peduli dengan minat Arsenal terhadap bintang mereka.

Arsenal perlu membuat tawaran mega, sekurang-kurangnya €70 juta untuk memulakan proses rundingan.

Bayer Leverkusen tidak akan membiarkan Edmond Tapsoba meninggalkan kelab itu pada musim panas ini dan tidak peduli terhadap minat yang ditunjukkan oleh Arsenal.

Itu menurut BILD, yang mengatakan pihak Bundesliga sama sekali tidak berminat untuk berunding dan hanya 'tawaran mega' yang dapat mengubah pendirian mereka itu.

Tapsoba banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates dalam beberapa minggu ini dan dipercayai bahawa The Gunners telah mengenalpasti pemain tersebut sebagai sasaran pertahanan nombor satu pada musim panas ini.

Sejak awal, telah dijelaskan bahawa Leverkusen tidak berminat dengan penjualan dan laporan sebelum ini menjelaskan dimana harga yang diperlukan adalah sebagaimana apa yang dibayar Chelsea untuk Kai Havertz musim panas lalu. 

BILD menjelaskan keputusan itu dalam laporan terkini mereka dengan mengatakan bahawa kelab Jerman itu ingin membina pertahanan mereka berdasarkan Tapsoba dan oleh itu tidak akan membenarkannya pergi.

Mereka 'tidak peduli' dengan laporan tentang minat dari Arsenal, dengan pengarah sukan Simon Rolfes menyatakan bahawa "Edmond akan terus memainkan peranan yang sangat penting bagi kami musim depan" ketika ditanya mengenai hal itu secara khusus.

Keselesaan dan keyakinan mereka itu datang dari fakta bahawa Tapsoba telah melanjutkan kontraknya di kelab itu hingga 2026 yang dilakukan pada penghujung tahun lepas dan dengan itu mereka mempunyai kelebihan serta dapat menuntut harga yang tinggi untuknya.

Memang, hanya tawaran mega lebih dari € 70 juta yang dapat mengubah pendirian kelab itu, tetapi di dunia pasca Covid, perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana tidak ada yang sanggup membayarnya, terutamanya Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post