Harimau Malaya hilang taring di Dubai, Shukor 'mengaum' di tanah air.

Pasukan bolasepak kebangsaan tewas 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi pertama baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe (TCH) tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G meskipun terikat sembilan mata dengan UAE dan Thailand namun jumlah perbezaan gol menyebabkan kedudukan tidak begitu memihak kepada Malaysia.

Walaupun bermula dengan agak menyakinkan pada separuh masa pertama, namun aksi longlai dalam 10 minit terakhir menyaksikan skuad negara membenarkan pihak lawan menjaringkan tiga gol sebelum tewas 4-0.

Kedudukan Kumpulan G selepas aksi malam tadi.

Prestasi hambar dan tidak bermaya Harimau Malaya nyata mengecewakan sebahagian besar peminat dan penyokong ditanah air setelah skuad kebangsaan dibarisi separuh pemain nutralisasi.

Kehadiran pemain nutralisasi nyata tidak banyak membantu prestasi pasukan TCH dan Harimau Malaya dengan rata-rata peminat dan penyokong mengkritik prestasi mereka.

Kesebelasan utama skuad Harima Malaya bertemu UAE malam tadi.

Antara komen dan kritikan yang diberikan terhadap prestasi skuad kebangsaan malam tadi adalah laman HarimauMalaya yang mengulas mengenai prestasi anak buah TCH.

- De Paula gagal beri impak, banyak berjalan dan pemalas. Pengadil lagi banyak berlari daripada dia.

- Ketiadaan natural defensive midfield. Sepatutnya Akram Mahinan ada dalam squad ini. Azam ni playmaker bukan DM. Lepas Azam dikeluarkan, benteng pertahanan mudah terdedah dengan ancaman berbahaya.

- Liridon juga gagal berfungsi. Dia sepatutnya suap bola ke De Paula. Tapi tulah, De Paula tanduk pun macam dah 20 tahun tak main bola. Orang tanduk ke depan, dia tanduk ke belakang. Bila sepatutnya tanduk ke kiri, dia tanduk ke kanan pula. Ape kehei nya yob..?

- Safawi dan Sumareh nampak dah berkarat, prestasi mereka tidak seperti tahun 2019. Mereka perlu bangkit pada perlawanan seterusnya jika tidak mahu hilang tempat dalam kesebelasan utama.

- Dion Cools yang baru 2 hari berlatih bermain lebih baik daripada pemain lain yang sudah 2 minggu berlatih. Solid dan berjaya baca game. 3 gol UAE di separuh masa kedua adalah hasil kesilapan rakan sepasukan yang memberi terlalu banyak ruang pada lawan.

- Malaysia masih ada peluang dapat slot ke Piala Asia 2023 dengan syarat mereka bertaubat dan bangkit mempamerkan prestasi yang lebih baik serta mengutip 6 mata maksimum ke atas Vietnam dan Thailand.

Malah kritikan dan kecaman peminat di laman twitter turut memeriahkan posting yang dibuat oleh FAM dalam mengumumkan keputusan perlawanan.

Namun disebalik kecaman dan kritikan terhadap pasukan kebangsaan, sesuatu menarik berlaku di tanah air dimana apabila komen bekas kapten pasukan kebangsaan, Shukur Adan mendapat perhatian dan pujian.

Semua gara-gara komen yang dibuat beliau mengenai prestasi pemain nutralisasi.

"Tak kiralah anda pemain naturalisasi atau warisan. Bila lencana di dada kena main untuk maruah negara," kata Shukor Adan dalam program Astro Arena.


Rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Shukor dan bekas ketua jurulatih negera, K. Rajagopal turut memujinya.

Tidak kurang juga ada yang meminta Astro Arena untuk menggunakan Shukor dengan lebih kerap dalam mengulas perlawanan Malaysia.

Video komen yang dikeluarkan Shukor Adan mengenai perlawanan UAE vs Malaysia yang mendapat pujian ramai.


Post a Comment

Previous Post Next Post