Bellerin terus menjadi buruan kelab Sepanyol.

Villarreal sertai Sevilla dalam perlumbaan untuk menandatangani pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin.

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Arsenal berminat untuk melakukan perpindahan secara pertukaran dengan Atletico Madrid, dimana mereka mahukan Kieran Trippier dan sedia melepaskan Hector Bellerin kepada kelab Sepanyol itu.

Namun usaha tersebut mungkin sukar memandangkan Tripper berminat untuk menyertai Manchester United dan urus niaga tersebut mungkin tidak akan berlaku.

Seterusnya menghalang hasrat Bellerin untuk kembali ke Sepanyol dalam usaha dia untuk mencari tempat dalam skuad kebangsaan negara itu.

Namun kini, dua lagi kelab Sepanyol menyatakan minat untuk menandatangani pemain pertahanan Arsenal itu di jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut wartawan yang boleh dipercayai, Gianluca Di Marzio, pasukan Yellow Submarines dan Sevilla berminat untuk menandatangani Bellerin.

Pemain berusia 26 tahun itu adalah salah seorang anggota senior skuad Arsenal ketika ini, tetapi dia dibenarkan untuk berpindah keluar dengan Mikel Arteta ingin memperbaiki skuadnya untuk saingan musim hadapan.

Bellerin ketika ini menerima gaji £ 110k seminggu di Emirates dan dengan jumlah itu menjadikan dia antara salah seorang yang berpendapatan tinggi di kelab. 

Dia mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga 2023, tetapi The Gunners dapat menjanakan sedikit keuntungan sekira berjaya menjualnya pada harga yang tepat, setelah mendapat permintaan tinggi dari kelab-kelab Sepanyol.

Pemain kelahiran Sepanyol itu sebelum ini pernah bekerja dengan pengendali Villarreal, Unai Emery, di Arsenal.

Villarreal memenangi Liga Europa musim lalu dan mereka akan beraksi dalam saingan tertinggi kelab bolasepak Eropah musim depan iaitu Liga Juara-Juara.

Sebaliknya, Arsenal yang menamatkan saingan dengan menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris, tidak akan bermain untuk saingan Eropah mahupun Liga Europa musim depan.

Dengan ketiadaan aksi Eropah, peluang Bellerin untuk menonjol dan memikat pengendali Sepanyol juga terbatas.

Jalan terbaik bagi dirinya adalah untuk beraksi di Sepanyol, yang akan memudahkan pengendali La Furia Roja untuk memantau dan memerhatikannya.

Menurut wartawan Sepanyol, Matteo Moretto, Villarreal sudah pun membuat tawaran untuk menandatangani Bellerin, bagaimanapun perincian tawaran itu masih tidak diketahui lagi.

Mengakhiri laporan yang dibuat oleh Gianluca Di Marzio tadi, mereka turut mengatakan bahawa Sevilla yang diketuai Lopetegui turut berminat terhadap Bellerin dan menyertai kumpulan yang ingin menandatangani pertahanan Arsenal ini.

Julen Lopetegui, bekas pengendali pasukan kebangsaan Sepanyol dan Real Madri dilantik menjadi pengurus Sevilla pada 5 Jun 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post