Emile Smith Rowe bakal menandatangani kontrak jangka panjang.

Pemain perancang Arsenal, Emile Smith Rowe bakal menyerahkan masa depannya untuk tempoh yang lama kepada kelab Utara  London, kata wartawan terkenal Fabrizio Romano.

Pemain berusia 20 tahun itu mengharungi musim mengagumkan bersama The Gunners musim lalu, menamatkan kempen dengan empat gol dan tujuh bantuan gol dalam 34 penampilan untuk semua pertandingan.

Smith Rowe masih mempuyai dua tahun lagi baki kontraknya, tetapi The Gunners kini dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baharu kepadanya, yang akan menyaksikan pemain tersebut kekal di Emirates sehingga musim panas 2026.

Musim lalu, dia tidak membuat sebarang penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sehinggalah tiba hari perlawanan Boxing Day, di mana The Gunners mencatat kemenangan 3-1 ke atas Chelsea dan dia menghasilkan satu bantuan gol pada perlawanan tersebut.

Semenjak itu, dia menjadi pemain tetap yang sering digunakan Mikel Arteta dan memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti serta keputusan perlawanan yang dicatatkan The Gunners pada separuh kedua kempen 2019/20.

Melihatkan perkara itu, tidak mengejutkan apabila Arsenal telah mula berbincang untuk menawarkan kontrak baharu terhadap pemain ini dan hanya menunggu waktu yang sesuai sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Kejayaan Smith Rowe sebahagian besarnya berasal dari kedudukan nombor 10, tetapi dia kadang-kadang bermain di bahagian sayap kiri ketika Martin Odegaard diturunkan dalam kesebelasan utama.

The Gunners dalam pada itu, turut bertekad untuk menandatangani semula pemain Norway pada musim panas ini dan kita akan dapat melihat lebih banyak musim depan dengan perkara yang sama terhadap Smith Rowe yang akan beroperasi dibahagian sayap sekiranya berjaya menandatangani semula Odegaard.

Smith Rowe, pada masa kini dinilaikan pada harga £16.2 juta oleh Transfermarkt, merekodkan jumlah jaringan sebanyak  dua gol dan empat bantuan gol dari 20 penampilan EPL musim lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post