TMJ memainkan peranan penting meyakinkan Dion Cools untuk memilih Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini secara rasmi telah memperkenalkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

Pemain tersebut akan bersama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE dari 3 hingga 15 Jun 2021.

Pengumum ini dibuat FAM melalui satu artikel yang dikeluarkan sebentar di laman rasmi mereka selepas status mengenai Dion Cools didedahkan di laman Facebook terlebih dahulu.

Menurut FAM, pengumuman rasmi tersebut telah dibuat awal pagi tadi selepas pemain berusia 25 tahun itu dibawa bertemu dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di hotel penginapan pasukan sejurus beliau tiba di Dubai.

FAM juga menjelas dimana urusan untuk membawa Dion Cool mewakili skuad kebangsaan telah lama dilakukan dan ianya turut mengambil proses yang panjang.

Namun kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Belgium (RBFA) banyak memudahkan urusan FAM untuk menyenaraikan pemain ini setelah Dion Cool sendiri menyatakan keinginannya untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

Biarpun telah mewakili Belgium bagi skuad B-18, B-19 dan B-21 negara berkenaan, Dion Cools masih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya dengan perlunya untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Status Pemain FIFA dengan syarat beliau tidak pernah beraksi bersama skuad senior kebangsaan Belgium. 

Syarat lain juga telah dipenuhi apabila beliau lahir di Malaysia dan ibunya juga merupakan warganegara Malaysia.

Bagi mendapatkan perincian mengenai perlawanan Dion Cools bersama pasukan bolasepak Belgium, FAM telah beberapa kali menghantar surat secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Belgium (RBFA) dan setelah FAM menerima bantuan FIFA, RBFA telah pun membalas permintaan FAM dengan memberikan perincian berkenaan penglibatan Dion Cools dalam skuad B-18 dan B-19 Belgium dari 2014 hingga 2015 dan skuad B-21 Belgium dari 2016 hingga 2019 bersama senarai perlawanan, selain mengesahkan bahawa Dion Cools tidak pernah beraksi dalam mana-mana perlawanan rasmi bersama skuad senior kebangsaan Belgium.

FAM kemudiannya telah membuat permohonan kepada Jawatankuasa Status Pemain FIFA dengan melampirkan dokumen-dokumen berkaitan pemain bersama surat perincian yang diterima daripada RBFA. Setelah membuat penelitian terhadap asas-asas yang diguna pakai dan dokumen-dokumen berkaitan, Jawatankuasa Status Pemain FIFA akhirnya telah membuat keputusan untuk meluluskan permohonan tersebut.

Selepas mendapat kelulusan FIFA, FAM dengan segera mendaftarkan nama Dion Cools dalam senarai awal pendaftaran pemain bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan selepas ia diluluskan FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), barulah FAM boleh mengumumkan secara rasmi Cools sebagai pemain Harimau Malaya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Kredit gambar Berita Harian Sg.)

Mengakhiri pengumuman tersebut, pihak FAM turut mendedahkan dan berterima kasih kepada TMJ kerana berjaya meyakinkan pemain itu untuk mewakili Malaysia.

Junjung kasih juga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana baginda telah memainkan peranan cukup penting dalam meyakinkan Dion Cools untuk memilih Malaysia sebagai pasukan negara yang ingin diwakilinya di peringkat senior.

-- FAM

Kredit dan sumber : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Post a Comment

Previous Post Next Post