Liverpool dan Arsenal pernah ‘mencuba’ untuk menandatangani pemain tengah bernilai € 30 juta.
Terdapat banyak yang boleh diperkatakan mengenai kesetiaan dalam bolasepak, tetapi kadangkala pemain sangat menyukai pasukan yang diwakilinya sehinggakan tidak mempedulikan siapa yang datang merisik, mereka tidak berminat.
Francesco Totti adalah salah seorang dari mereka, yang mana Sir Alex Ferguson menginginkannya di Manchester United tetapi penyerang legenda itu hanya mengatakan tidak dan berjanji setia untuk tinggal di AS Roma sepanjang kariernya.
Totti menyertai Roma pada peringkat remaja sehinggalah bersara.. |
Mungkin itu adalah Totti yang mengabdikan dirinya hanya untuk Roma, yang disertainya bermula di peringkat remaja (pada tahun 1989) sebelum bersara dari bermain bolasepak pada tahun 2017.
Tetapi Lorenzo Pellegrini mungkin juga serupa, setelah menolak tawaran daripada Liverpool dan Arsenal pada masa lalu.
Itulah yang dikatakan Corriere dello Sport pada hari Jumaat ketika melihat kemungkinan pemain tengah itu menandatangani kontrak baharu dengan pasukan yang disertainya sejak kecil (walaupun dia pernah meninggalkan Roma untuk menyertai Sassuolo dari 2015 - 2017, sebelum kembali semula ke Roma pada 2017).
Dengan menandatangani kontrak baharu bersama Roma, ianya akan menghapuskan klausa pelepasan yang telah lama dimiliki pemain itu dalam kontraknya sebelum ini.
Petikan laporan Corriere dello Sport pada hari Jumaat. |
Sebelum ini, pemain tersebut mempunyai klausa pelepasan bernilai €30 juta dan walaupun mempunyai klausa tersebut, dia tetap mencuri perhatian banyak pihak untuk mendapatkan khidmatnya.
Liverpool dan Arsenal telah mencuba untuk mendapatkan dia pada masa lalu, namun jelas ketika itu rancangannya adalah untuk kekal bersama Roma.
Corriere menjelaskan bahawa pemain tersebut mempercayai projek yang akan dibawa oleh keluarga Friedkin (pemilik Roma) dan berharap kehadiran Jose Mourinho mampu mengubah situasi kelab pada masa hadapan.
Jadi, ini bermaksud Mikel Arteta dan Jurgen Klopp perlu berusaha keras untuk meyakinkan pemain itu sekiranya mereka ingin memiliki pemain tersebut dalam pasukan mereka tahun depan, atau Liverpool dan Arsenal boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Pellegrini.
Minat Arsenal terhadap Pellegrini bukanlah baru dimana pada 2018, kami telah melaporkan kisah Juventus mahu menghalang The Gunners dari menandatangani pemain ini.
Baca: Arsenal dahulu pesaing dapatkan pemain muda berusia 21 tahun (Mei 2018) dan pada Jun 2019, Mirror melaporkan bahawa "Arsenal berharap dapat membayar yuran perpindahan £ 27 juta secara ansuran setelah melakukan kontak dengan pemain".
Kontrak Lorenzo Pellegrini bersama Roma akan berakhir pada Jun 2022 dan nilai pasaran semasa pemain ini adalah sekitar €40 juta (sumber Transfermark).
Adakah Liverpool dan Arsenal akan menguji sekali lagi kesetiaan pemain Roma ini sekali lagi?
Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai baki kurang dari 14 bulan dalam perjanjiannya sekarang dan dia boleh meninggalkan Roma sekiranya klausa pelepasan berjumlah 25 juta pound (€30 juta) diaktifkan sebelum dia menandatangani kontrak baharu.