Leeds United telah ditawarkan kesempatan untuk menandatangani semula penyerang Arsenal, Eddie Nketiah di jendela perpindahan yang akan datang, menurut laporan Football Insider.
Nketiah membuat 30 penampilan untuk The Gunners musim lalu, tetapi sebahagian besar masa permainannya datang dalam pertandingan piala domestik dan dia hanya berjaya bermain 413 minit untuk saingan liga.
Dengan baki kontraknya kini hanya tinggal setahun sahaja lagi, The Gunners dilaporkan bersedia untuk mendengar tawaran sebanyak £ 20 juta dari mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pemain ini.
Dan The Whites telah diberi peluang untuk merekrut dia semula berdasarkan laporan yang dikeluarkan itu.
Nketiah sebelum ini menjalani tempoh pinjaman positif bersama Leeds pada separuh pertama musim 2019/2020, menjaringkan lima gol dan satu bantuan dalam 20 penampilan.
Pemain berusia 22 tahun itu kebanyakannya digunakan sebagai pemain gantian dengan mengumpul 663 minit tetapi memainkan peranannya dalam promosi (kenaikan) kelab dengan beberapa gol minit akhir yang penting.
Dia menjaringkan tiga gol dalam Kejuaraan (Championship), tetapi jaringan itu juga menyumbang kepada pasukan The Whites untuk memperolehi tujuh mata tambahan.
Nketiah dengan cepat menjadi pemain kegemaran di kalangan peminat Leeds dan ada yang kecewa apabila kontrak pinjamannya dipendekan (dipanggil balik) pada Januari 2020.
Perkembangan terbaru itu mungkin menyaksikan dia akan mencari jalan keluar setelah dirinya tidak lagi diperlukan di Emirates.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Leeds dapat melakukan tawaran tersebut kerana Patrick Bamford terus menjadi pilihan yang tidak dapat dipertikaikan untuk memimpin jentera serangan Marcelo Bielsa.
Nketiah menjaringkan enam gol untuk The Gunners musim lalu dengan purata gol dijaringkan setiap 218 minit dan dapat dengan mudah mampu mencapai 15 gol setiap musim sekiranya diberikan peluang dalam kesebelasan utama serta bermain dengan lebih kerap.