Leicester kalahkan Arsenal untuk Odsonne Edouard.

Leicester City telah mengalahkan Arsenal dan Inter Milan dalam perlumbaan untuk menandatangani penyerang Celtic, Odsonne Edouard, lapor The Times.

Pemain Perancis itu hanya tinggal 12 bulan baki kontraknya dengan gergasi Glasgow dan dia dilaporkan telah memutuskan untuk menerima cabaran baru.

Keputusan itu menyebabkan dirinya menjadi sasaran beberapa kelab Eropah, termasuklah dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leicester dan Arsenal merupakan dua kelab Inggeris, manakala Inter Milan dari Itali merupakan pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang muda berusia 23 tahun itu.

Namun The Foxes akhirnya telah memenangi perlumbaan untuk mendapatkan tandatangannya kerana dia memilih untuk bersatu semula dengan Brendan Rodgers.

Rodgers menandatanganinya untuk Hoops dari Paris Saint-Germain pada tahun 2017 secara pinjaman untuk tempoh semusim sebelum melakukan perpindahan tetap musim berikutnya dengan bayaran sebanyak (dipercayai) £8 juta.

Difahamkan, The Foxes akan membayar £15 juta kepada Celtic untuk membawa Edouard ke King Power musim panas ini.

Perjanjian perpindahan mungkin akan diselesaikan sejurus selepas Celtic mengesahkan pelantikan Ange Postecoglou sebagai pengurus baru mereka.

Edouard mempunyai masa yang sangat baik dengan Celtic selama empat tahun terakhir, menjaringkan 83 gol dan 37 bantuan gol dalam 168 penampilan di semua pertandingan.

Walaupun bergelut untuk mempamerkan aksi yang konsisten dalam kempen baru-baru ini, namun dia masih berjaya meledakan 22 gol dan enam bantuan dari 40 perlawanan di bawah kendalian pengurus Neil Lennon.

Neil Lennon mengemudikan Celtic bermula 2019 (menggantikan Rodgers) sebelum bertindak meletak jawatan 24 Februari 2021.

Pemain berusia 23 tahun itu memiliki tugas yang lebih berat di tangannya apabila berpindah ke Liga Perdana Inggeris dan kemungkinan hanya akan diberikan peranan sebagai pemain sandaran pada musim pertamanya sebelum dapat menyesuaikan diri dengan corak EPL.

Jamie Vardy dan Kelechi Iheanacho sangat terkesan bermain bersama untuk The Foxes awal tahun ini dengan bekas penyerang Man. City itu menjaringkan gol dengan kerap.

Edouard boleh dianggap sebagai pengganti jangka panjang untuk Vardy, yang sudah berusia 34 tahun dan mengalami beberapa masalah kecederaan pada musim sebelumnya.

Kedatangannya mengakhiri spekulasi yang mengaitkan Tammy Abraham dengan perpindahan ke King Power musim panas ini.

Pemain antarabangsa England itu selalu dikaitkan dengan The Foxes, tetapi dia mungkin harus mencari tempat lain untuk mendapatkan aksi tetap bersama skuad utama.

Penyerang Chelsea itu bermain hanya 16 minit antara bulan Mac dan Mei malah ditinggalkan dari skuad The Blues pada aksi final Liga Juara-Juara.

Post a Comment

Previous Post Next Post