Newcastle mahukan dua pemain Arsenal.

Newcastle United berminat menandatangani William Saliba secara pinjaman pada musim panas ini.

The Magpies ingin mengukuhkan barisan pertahanan mereka dengan merekrut beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini dan mereka kuat dikaitkan dengan perpindahan pemain pertahanan Celtic, Kristoffer Ajer.

Bagaimanapun, sebarang kesepakatan berpotensi untuk pemain Norway itu kini kelihatan 'tidak mungkin', dengan Norwich City turut mengejar Ajer.

Kristoffer Ajer jadi buruan kelab Inggeris.

Akibatnya, Magpies mengalihkan perhatian mereka untuk menandatangani Saliba secara pinjaman, menurut laporan dari The Daily Mail.

Pemain pertahanan muda yang menarik itu menyertai Arsenal pada tahun 2019 dengan harga perpindahan mencecah £27 juta, tetapi dia masih belum bermain perlawanan kompetitif untuk The Gunners.

Pemain berusia 20 tahun itu menghabiskan musim terakhir secara pinjaman di Perancis bersama Nice, di mana dia sangat terkesan.

Kesepakatan pinjaman itu dilihat sesuatu yang positif dan berjaya buat pemain pertahanan muda ini, malah ramai peminat Arsenal merasakan bahawa Saliba akhirnya sudah bersedia untuk melakukan debutnya untuk kelab utara London.

Namun, bos Arsenal Mikel Arteta telah menegaskan bahawa dia akan membuat keputusan mengenai pemain ini semasa latihan pra musim nanti.

Pertahanan tengah ini yang telah membuat 22 penampilan secara keseluruhan turut mendapat perhatian dan juga dikehendaki oleh pasukan Perancis, Marseille pada musim panas lalu.

Pun begitu, ia dilihat satu keputusan tidak masuk akal untuk meminjamkan Saliba kepada kelab luar melainkan Arsenal benar-benar ingin melepaskannya secara kekal.

Perpindahan secara pinjaman ke kelab Liga Perdana Inggeris yang lain dilihat sesuatu yang boleh diterima dan itu akan menjadi situasi menang-menang bagi semua pihak.

Saliba akan mendapat pendedahan Liga Perdana Inggeris yang diperlukannya, sementara Arsenal juga dapat mengawasi kemajuannya.

Selain itu, Newcastle juga dilaporkan berminat untuk menandatangani Joe Willock, seorang lagi pemain Arsenal.

Willock menyertai Newcastle secara pinjaman untuk baki musim 2020-21 pada 1 Februari 2021.

Namun untuk Willock, Magpies mahu menandatanganinya secara kekal dan bukan secara pinjaman.

Pemain tengah itu difahamkan sedang menunggu untuk mengetahui sama ada Arsenal akan menawarkan kontrak baharu kepadanya atau menjualnya dengan harga £20 juta.

Kontrak semasa dia bersama Arsenal akan berakhir pada Jun 2023 dan Newcastle sangat terkesan dengan impak yang diberikan Willock sepanjang tempoh pinjamannya dengan pemain itu membuat 14 penampilan dan menjaringkan lapan gol.

Post a Comment

Previous Post Next Post