Tiga pemain Arsenal yang Patrick Vieira dapat membawa mereka ke Crystal Palace musim panas ini.
Crystal Palace baru-baru ini mengumumkan pelantikan Patrick Vieira sebagai pengurus baharu mereka dan bekas pemain The Gunners ini mempunyai tanggungjawab besar dalam membina semula pasukan tersebut pada musim panas ini.
𝗪𝗲𝗹𝗰𝗼𝗺𝗲 𝘁𝗼 𝗣𝗮𝗹𝗮𝗰𝗲 🦅
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) July 4, 2021
We are delighted to confirm the appointment of Patrick Vieira as our new manager until 2024 ✍️#CPFC | https://t.co/utMcYSDkhb
The Eagles setakat ini masih belum menyelesaikan masa depan 11 pemain mereka yang akan menamatkan kontrak sebagaimana dilaporkan Evening Standard.
Difahamkan Vieira yang baru dilantik diberi kebebasan untuk memilih mana-mana pemain yang bersesuaian dengan bajet kelab dan beliau dapat melihat beberapa pemain yang dikaitkan dengan bekas kelabnya Arsenal.
Kami melihat tiga pemain yang boleh menarik minat ketua jurulatih The Eagles yang baharu.
Ainsley Maitland-Niles
Maitland-Niles menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman bersama West Bromwich Albion, di mana dia telah tampil mengagumkan di bahagian tengah.
Melihatkan kepada perkembangan pemain itu (setelah cemerlang bersama West Bromwich dan bermain diposisi kegemarannya), tidak mungkin dia dapat memainkan peranan yang disukainya ketika kembali ke Emirates.
Sebilangan besar penampilannya bersama Arsenal adalah pada posisi pertahanan (full back) dan ini dikatakan menjadi sebab mengapa pemain ini mahukan kepastian mengenai posisinya bersama The Gunners musim ini.
Setelah bergelut untuk mendapatkan minit permainan biasa awal musim lalu, dia dilihat tidak keberatan untuk berpindah walaupun masih berbaki dua tahun kontraknya (tamat pada Jun 2023).
The Gunners menilai pemain antarabangsa England itu pada nilai £ 20 juta dan Palace dilaporkan telah bertanyakan tentang potensi perpindahan pemain itu.
Tidak akan mengejutkan jika Vieira memberikan peluang untuk buat pemain tersebut beraksi dibawah kendaliannya.
Eddie Nketiah
Christian Benteke berada dalam prestasi yang baik untuk Eagles pada akhir musim lalu, menamatkan kempen dengan 10 gol dari 30 perlawanan liga.
Pemain dari Belgium itu diberi kontrak jangka panjang yang baharu, tetapi masih harus dilihat apakah dia dapat melakukan atau memberikan prestasi cemerlang tersebut, sebagaimana musim lalu dalam kempen yang akan datang.
Nketiah pula menginginkan peranan yang tetap dalam kesebelasan utama dan masa depannya bersama The Gunners juga menjadi tanda tanya, setelah berjaya membuat penampilan sebanyak 17 perlawanan dalam saingan liga musim lalu.
Walaupun hanya membuat lebih 400 minit permainan musim lalu (dalam saingan liga), dia tetap berjaya menarik minat beberapa pihak.
Antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah West Ham United dan Watford.
Palace dapat menyertai mereka untuk menandatangani penyerang Arsenal ini sekiranya bersedia untuk mengeluarkan belanja sebanyak £ 20 juta (kontrak semasa Eddie akan tamat pada Jun 2022).
Reiss Nelson
Pemain berusia 21 tahun itu pernah dianggap sebagai permata akademi dan dijangka akan bersinar, namun dia telah melihat Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka telah memantapkan diri mereka berbanding dirinya dalam kesebelasan utama The Gunners.
Nelson masih dianggap sebagai pemain pinggiran dalam barisan kelab, tetapi pihak pengurusan Arsenal masih mengakui potensinya dan bersedia untuk melanjutkan (menyambung) kontraknya.
Sekiranya dia menandatangani pembaharuan (penyambungan) kontrak, The Gunners pasti mempunyai rancangan untuk menghantarnya secara pinjaman bagi mengembangkan lagi bakatnya, dengan cara pemain itu mendapatkan lebih banyak pendedahan bersama pasukan utama.
Jika tidak, dia dapat dijual kerana kontrak semasa bersama Arsenal hanya tinggal dua tahun lagi.
Bagaimanapun, dia boleh menarik minat Vieira dan Nelson dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Eberechi Eze yang mengalami kecederaan jangka panjang.