Arsenal hantar bidaan untuk pemain tengah Lyon, Houssem Aouar.

Arsenal dilaporkan telah menyerahkan tawaran untuk pemain tengah Lyon, Houssem Aouar.

Menurut laporan Le10Sport dari Perancis, The Gunners telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan pemain tengah Lyon, Houssem Aouar,

Pemain ini tidak asing lagi buat penyokong dan peminat Arsenal kerana dia merupakan antara pemain yang paling kerap dikaitkan dengan The Gunners setiap kali jendela perpindahan dibuka.

Beberapa siri laporan sebelum ini mengatakan bahawa Arsenal berminat untuk menandatanganinya, namun sehingga ke hari ini perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Namun dalam laporan terkini yang didedahkan, Arsenal bersedia mengeluarkan belanja sebanyak € 35 juta untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Sebelum ini pihak Les Gones berkeras dengan pendirian mereka bahawa pemain tersebut tidak akan dilepaskan sekiranya harga yang ditawarkan kurang dari € 60 juta.

Namun selepas 10 bulan perkara tersebut, kelab Perancis itu dilaporkan bersedia menerima antara € 20-25 juta untuk pemain tengah itu, ekoran masalah kewangan yang dihadapi mereka.

The Gunners telah mengajukan tawaran rasmi kepada Lyon untuk mendapatkan Aouar, tetapi Le10sport bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut dalam laporan mereka, termasuklah jumlah yang dibuat pasukan Utara London ini.

The amount of this offer has not filtered. But our sources indicate that the file is progressing well between OL and Arsenal . Houssem Aouar has an unofficial exit certificate . If the Lyon leaders receive a suitable offer, they will let their protege go. According to our information, the Gones hope between 20 and 25 million euros for Houssem Aouar . A priori, Arsenal would not be very far from these amounts ...

Les Gones bersedia menjual Aouar, yang mana pemain tersebut juga bersedia menghadapi cabaran baru dalam kariernya dan kelab itu juga perlu menjual beberapa pemain sebelum mereka dapat membuat pendaftaran baharu.

PARTEY & AOUAR

The Gunners fokus pada kemasukan Thomas Partey dan Aouar untuk meningkatkan kekuatan bahagian tengah pasukan pada musim panas lalu, tetapi hanya berjaya membawa masuk pemain Atletico Madrid sahaja.

Selepas kempen 2019/2020 yang hebat, penampilan Aouar bagaimanapun tidak begitu konsisten pada musim lalu.

Pun begitu dia masih berjaya menjaringkan lapan gol dan melakukan empat bantuan dari 33 perlawanan yang dimainkan.

Dia kekal berada dalam radar The Gunners dan mereka dilaporkan memimpin perlumbaan untuk menandatanganinya di depan Paris Saint-Germain dan Atletico Madrid.

Kelebihan sekiranya Aouar memilih Arsenal adalah peluang bermain lebih kerap dalam kesebelasan utama berbanding dengan saingan Eropah Arsenal dan kreativiti pemain itu di bahagian tengah semestinya berguna untuk The Gunners.

Arsenal tidak mempunyai pilihan pemain tengah yang mampu menjaringkan gol dalam skuad sedia ada sekarang sejak pemergian Aaron Ramsey ke Juventus dengan perpindahan percuma pada 2019.

Aouar dapat menjalin hubungan dengan baik bersama Thomas Partey di bahagian tengah musim ini (musim baharu), dengan Granit Xhaka memberi petunjuk untuk berpindah ke Roma dalam beberapa hari mendatang.

The Gunners juga berada di ambang pendaratan Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht dan kehadiran pemain tengah Belgium itu cenderung dilihat (bertindak) sebagai pilihan sandaran (backup) kepada Partey.

Post a Comment

Previous Post Next Post