Newcastle United masih berminat untuk menandatangani Joe Willock dari Arsenal musim panas ini.
Menurut wartawan The Sun, Alan Nixon, The Magpies masih memantau pemain tengah muda Arsenal yang menarik itu, tetapi berdepan dengan bayaran yang tinggi.
Would think so. But he costs loads. https://t.co/3cJqgCyuDZ
— Alan Nixon (@reluctantnicko) July 7, 2021
Pemain berusia 21 tahun itu dianggap masih berada di bawah standard Arsenal dan dihantar secara pinjaman ke Newcastle pada separuh kedua musim lalu.
Setelah menjaringkan tujuh gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris secara berturut-turut, yang mana ia adalah satu pencapaian yang cemerlang dan sejak itu nilai pasaran Willock terus meningkat.
Arsenal difahamkan menuntut sekitar 30 juta pound dan Newcastle adalah satu-satunya kelab yang mempunyai minat nyata terhadap pemain muda itu.
Ketika ini, The Gunners hampir menandatangani Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht dan telah membuat tawaran untuk menandatangani seorang lagi pemain tengah berkualiti tinggi musim panas ini.
Chronicle Live melaporkan bulan lalu bahawa Newcastle ingin menandatangani Willock secara kekal dan merancang untuk menggunakan penjaga go mereka, Freddie Woodman dalam tawaran tersebut - pemain ditambah dengan wang tunai.
Menurut football.london, Willock kelihatan bersedia untuk kekal (tinggal) di Arsenal walaupun menjalani tempoh pinjaman yang mengagumkan bersama Magpies.
Laporan itu mendakwa, buat masa ini, Arsenal tidak akan menjual Willock pada musim panas ini, namun situasi tersebut mungkin berubah sekiranya Magpies mengemukakan tawaran yang sukar untuk ditolak.
Selain itu, Newcastle juga dilaporkan ingin menandatangani pemain pertahanan Arsenal, William Saliba.