Masa depan pemain pertahanan muda Arsenal, Wlliam Saliba terus menjadi tanda tanya selepas sekali lagi dipinjamkan.
Arsenal telah mencapai persetujuan untuk menghantar William Saliba secara pinjaman ke kelab Ligue 1, Marseille bagi musim 2021-22.
Menurut The Athletic, Saliba dijadualkan untuk dipinjamkan bagi kali ketiga sejak berpindah ke Emirates yang menelan belanja 27 juta pound sterling dua tahun lalu.
Difahamkan kelab Perancis itu tidak akan mempunyai pilihan untuk membelinya dalam sebahagian daripada perjanjian pinjaman tersebut.
Langkah itu menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan Saliba, bagaikan digantung tidak bertali.
Pengurus The Gunners, Mikel Arteta percaya bahawa pemain berusia 20 tahun itu mungkin belum bersedia bermain di Liga Perdana Inggeris.
Setelah berjuang untuk menempatkan diri dalam pasukan utama The Gunners pada separuh pertama musim lalu, pemain muda itu kemudiannya dipinjamkan Nice pada jendela perpindahan Januari.
Bersama Nice, Saliba mempamerkan aksi yang menyakinkan sehinggakan pengurusnya, Adrian Ursea memberi pujian kepadanya setelah debut yang dilakukannya.
"Apabila anda mempunyai pemain muda seusianya yang tiba di kelab baru dan memberikan yang terbaik, walaupun hanya mengenali dia untuk satu hari, saya merasakan ia sangat menarik untuk masa depan," katanya.
“Dia juga memberikan ketenangan yang diperlukan pasukan.
"Saya tidak berminat dengan usia.
"Satu-satunya soalan mengenai siapakah akan bermula adalah, adakah dia pemain yang baik atau tidak. "
Saliba berpotensi untuk menjadi salah seorang pemain bek tengah terbaik di Eropah dan boleh menjadi pemain utama Arsenal untuk tahun-tahun akan datang.
Namun, The Gunners ketika ini mencari pemain lain untuk menguatkan barisan pertahanan mereka.
Kesepakatan untuk menandatangani bek tengah Brighton & Hove Albion, Ben White dengan harga sekitar £ 50 juta nampaknya sesuatu yang mungkin, dengan Arteta dilaporkan amat mengagumi pemain itu.
Paperworks signed for William Saliba to OM from Arsenal on loan until June 2022, done and confirmed. Arsenal priority now will be working to complete Ben White deal with Brighton after personal terms agreed. ⚪️🔴 #OM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 13, 2021
...and Lokonga official announcement, expected soon. ⏳ #AFC
Sangat menarik untuk melihat masa depan Saliba dan adakah dia dapat menggoda Arteta dalam memasukkannya dalam rancangan masa depan The Gunners selepas tempoh pinjaman ini (itu pun sekiranya Arteta masih menjadi pengurus Arsenal).
Semalam, seorang peminat Marseille telah memuat naik gambarnya bersama Saliba yang dikatakan berada di sana untuk melengkapkan proses perpindahan (pinjaman) tersebut.
Rekod Saliba dipinjamkan semenjak Arsenal membelinya.
- 2019-2020 → Saint-Étienne
- 2021 → Nice
- 2021 -2020 → Marseille
Saliba’s agent on Instagram...
— Simon Collings (@sr_collings) July 13, 2021
Move to Marseille likely to be done in next 48 hours. Loan, no option to buy - as others have reported. pic.twitter.com/DsLkr4ctgl
Voilà William Saliba est arrivé à Marseille 💙🔵⚪️😎 pic.twitter.com/XXDVy0favt
— titi ( c’est toi le boss) (@Mode55489648) July 13, 2021