Hector Bellerin mahu berpindah ke Inter Milan.

Pemain pertahanan senior The Gunners mahukan pihak pengurusan tertinggi kelab melepaskannya.

Hector Bellerin telah melakukan perjumpaan dan perbincangan secara peribadi dengan pihak pengurusan Arsenal untuk mempermudahkan perpindahannya ke Inter Milan, menurut media yang berpangkalan di Roma, Corriere dello Sport.

Selepas pemergian Achraf Hakimi ke Paris Saint-Germain, kelab Itali itu telah menjadikan Bellerin sebagai sasaran utama mereka untuk posisi bek kanan yang kosong.

Hakimi menyertai kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) pada 6 Julai 2021 dengan kontrak lima tahun.

Menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Beppe Marotta dan Pengarah Sukan, Piero Ausilio mahukan perjanjian pinjaman dengan pilihan untuk membeli pemain berusia 26 tahun itu.

Nerazzurri mempunyai ruang yang terhad untuk melakukan pembelian di pasaran perpindahan kerana kekangan kewangan dan tidak dapat membayar yuran pendahuluan urusan tersebut.

Bellerin pada sudut lain, gagal beraksi secara konsisten bersama Arsenal semenjak pulih daripada kecederaan ligamen anterior cruciate pada tahun 2019 dan sejak itu pemain Sepanyol ini tidak pernah tampil dengan prestasi yang pernah memukau kita semua sebelum ini.

Dia telah kehilangan kepantasan, yang merupakan aset utamanya ketika mempertahankan atau menyerang di sebelah kanan.

KESIMPULAN

Lebih baik untuk dirinya berpindah ke liga yang lebih perlahan seperti Serie A, yang memiliki perbezaan intensiti. 

Dan gaya bermain disana mungkin sesuai dengan permainannya sekiranya berpindah ke Itali.

Arsenal dalam perkembangan lain, masih dalam usaha untuk meningkatkan skuad mereka pada musim panas ini dan Bellerin bukanlah sebahgian daripada visi masa depan Mikel Arteta untuk kelab.

Dengan Bellerin yang ingin berpindah, dia dapat meyakinkan pihak pengurusan Arsenal untuk menerima tawaran Inter dan membiarkannya keluar secara pinjaman, meneruskan kelangsungan kariernya di sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post