Usaha Arsenal mendapatkan Andre Onana terbantut.

Arsenal menerima berita kurang menyenangkan dalam usaha mendapatkan penjaga gol Ajax, Andre Onana.

Menurut laporan Football London, usaha The Gunners untuk mendapatkan penjaga gol Ajax, Andre Onana mungkin tidak kesampaian kerana pemain itu lebih berminat untuk berpindah ke Lyon musim panas ini.

Pemain antarabangsa Cameroon itu telah memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Ajax dan dia kemungkinan akan menempuhi cabaran baru di tempat lain.

The Gunners telah dianggap sebagai calon terbaik untuk mendapatkan tandatangannya, tetapi setakat ini masih belum membuat tawaran rasmi.

Kini dilaporkan bahawa Onana lebih berminat berpindah ke Lyon, di mana dia akan mendapat jaminan untuk bermain bolasepak Eropah musim depan.

Peter Bosz menyertai Lyon pada 29 Mei 2021.

Malah dia juga dapat bertemu kembali dengan Peter Bosz, yang sebelum ini menguruskannya di Ajax selama satu musim.

Ejen Andre Onana mengesahkan minat dari Lyon.

Ejen kepada Andre Onana telah mengesahkan bahawa Lyon telah mengadakan perbincangan dengan Ajax mengenai kemungkinan perpindahan musim panas ini.

Sebuah laporan baru-baru ini mendakwa bahawa Lyon telah bergerak maju berbanding Arsenal dalam mengejar pemain tersebut dan mereka dapat menandatanganinya dengan jaminan waktu permainan serta aksi bolasepak Eropah.

Ejennya Albert Botines kini mengesahkan bahawa perbincangan sedang berlangsung antara Ajax dan Lyon mengenai kemungkinan perjanjian perpindahan musim panas ini.

Dia mengatakan kepada Voetbal Primeur: “Ya, mereka berminat. Kelab sedang dalam perbincangan. "

Manakala laporan daripada media Belanda (sebagaimana dipetik dari Get France Football News) mendedahkan bahawa pihak Lyon telah menawarkan kontrak lima tahun kepadanya untuk berpindah ke Perancis.

Cuma yang menjadi masalah ketika ini (bagi melengkapkan perpindahan tersebut) adalah mengenai yuran perpindahan.

Mereka masih lagi berunding dengan Ajax dan laporan L'Equipe mengatakan bahawa kelab Eredivisie itu mahukan lebih dari € 10 juta dan Lyon hanya menawarkan € 5 juta

Bagaimanapun mereka berharap dapat pihak Ajax sedia menerima tawaran sekitar € 6 juta dengan bonus tambahan.

KESIMPULAN

Satu-satunya positif dalam keseluruhan laporan (selain fakta bahawa kedua-dua kelab belum mencapai kesepakatan) adalah bahawa Arsenal masih berminat walaupun mereka masih tidak melakukan tawaran rasmi.

Membayar lebih daripada € 10 juta untuk seorang penjaga gol yang tidak dapat bermain sehingga November ini dan kontraknya juga akan berakhir pada musim panas depan mungkin menjadi penyebab mengapa Arsenal tidak bertindak aggresif untuk membawanya ke Emirates.

Itu juga menjelaskan mengapa Lyon tidak bersedia untuk mengeluarkan belanja besar memenuhi permintaan Ajax.

Sekiranya tidak ada yang bersetuju untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk pemain yang digantung, Ajax mungkin terpaksa menurunkan harga permintaan mereka di kemudian hari, atau kehilangannya sama sekali musim panas depan secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post