Tottenham Hotspur yakin mereka dapat menandatangani pemain pertahanan Bologna, Takehiro Tomiyasu.
Seteru Utara London Arsenal, Tottenham Hotspur yakin dapat menjadikan pemain pertahanan Bologna, Takehiro Tomiyasu sebagai kemasukan pertama mereka pada jendela perpindahan musim panas, menurut Football Insider.
Pemain antarabangsa Jepun itu telah dikenal pasti sebagai sasaran utama Spurs untuk memperkuatkan barisan pertahanan tengah dan mereka telah mencapai persetujuan mengenai syarat peribadi bersama pemain tersebut.
Difahamkan bahawa Spurs kini dalam proses akhir rundingan mereka mengenai jumlah yuran perpindahan dan struktur pembayaran.
Mereka bersedia menawarkan £ 15.5 juta termasuk bonus tambahan, sementara Bologna mahukan sekitar £ 17.2 juta.
Baru-baru ini, didakwa bahawa Arsenal juga sedang berbincang dengan kelab Serie A itu untuk Tomiyasu, tetapi Spurs nampaknya yakin akan berjaya mencapai sasaran pertahanan utama mereka.
🔊🔛
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 6, 2021
Gianluca Di Marzio provides an overview of transfers that could take place this summer involving clubs in England and Italy, including Granit Xhaka and Rui Patricio ⬇️ pic.twitter.com/CFWqXpp9dC
INFO & ULASAN RINGKAS.
Takehiro Tomiyasu adalah pemain bolasepak profesional Jepun yang bermain sebagai bek tengah atau bek kanan untuk kelab Serie A, Bologna dan pasukan kebangsaan Jepun.
Beliau telah membuat 31 penampilan dalam saingan tertinggi Itali musim lalu dan memiliki kemampuannya memenangi duel udara dan tindakan clearance yang cemerlang.
Pemain berusia 22 tahun itu juga membuat hadangan (tackles) dan pintasan (interceptions) tepat pada masanya dan solid dengan hantarannya.
Dia secara purata melakukan tiga hantaran jauh setiap permainan.
Tomiyasu juga memiliki semua sifat untuk berjaya di Liga Perdana Inggeris dan tidak menghairankan bahawa terdapat minat yang kuat dari Spurs dan The Gunners.
Malah pada tahun lalu, AC Milan juga dilaporkan berminat terhadap pemain ini dan membuat tawaran untuk mendapatkannya.
Bagaimanapun, usaha tersebut gagal setelah Bologna menolak tawaran yang dibuat Rossoneri itu.
Selain dari peranan pertahanan tengahnya yang tetap, Tomiyasu dapat bermain dengan selesa di bek kanan dan menjaringkan dua gol musim lalu.
Kebolehan beraksi dalam pelbagai posisi di pertahanan (bek kanan, bek tengah, bek kiri) adalah satu bonus tambahan bagi mana-mana kelab yang berminat.
Selain Tomiyasu, Spurs juga meninjau pilihan lain untuk bek tengah mereka pada musim panas ini.
Mereka juga dikaitkan dengan Conor Coady dari Wolverhampton Wanderers dalam beberapa minggu terakhir.
Manakala Arsenal pula boleh dikatakan memadai dengan barisan pemain pertahanan yang dimiliki ketika ini dan ditambah dengan tidak beraksi disaingan Eropah, boleh dikatakan ia bukanlah satu peranan yang menjadi keutamaan Mikel Arteta.