Arsenal semakin hampir untuk menandatangani Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht musim panas ini.
Menurut Kristof Terreur, Lokonga akan menjalani ujian perubatannya tidak lama lagi dan perpindahan ke Arsenal hampir selesai.
Medicals planned... Almost there. #afc https://t.co/1W9oCEtuU0
— Kristof Terreur (@HLNinEngeland) July 9, 2021
Laporan lebih terperinci mengenai perkara itu dapat dibaca di laman HLN, dimana mereka melaporkan kesepakatan hampir dicapai antara Arsenal dan Anderlecht untuk Lokonga.
Semua pihak kini bersedia untuk mengakhiri kisah perpindahan ini setelah berunding selama berbulan-bulan dan Lokonga akan menjalani perubatannya sama ada hari ini ataupun mungkin esok.
Pemain berusia 21 tahun itu adalah salah seorang pemain tengah muda yang dinilai tinggi di Belgium dan Arsenal akan membayar bayaran yang lumayan untuk mendapatkan khidmatnya.
Lokonga akan menandatangani perjanjian lima tahun bersama kelab Utara London dan Anderlecht akan menerima lebih dari € 20 juta untuk aset bernilai mereka itu.
Lokonga akan menjadi pemain termahal ketiga pernah dijual dalam sejarah kelab itu, selepas Jeremy Doku (€ 26 juta kepada Rennes) dan Youri Tielemans (€ 25 juta kepada Monaco).
Anderlecht kini akan berusaha untuk melaburkan wang tersebut dengan bijak dalam memperkuatkan skuad mereka.
Manakala The Gunners turut berusaha mengukuhkan skuad dan masih mahu menambah lebih banyak pemain tengah musim panas ini dengan Granit Xhaka hampir pasti akan meninggalkan Emirates.
Arsenal dikaitkan dengan barisan pemain tengah berkualiti tinggi, termasuk James Maddison, Houssem Aouar, Ruben Neves, Manuel Locatelli dan Sander Berge.
Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran untuk mendapatkan Aouar. |
Sekiranya laporan itu dipercayai Arsenal, juga hampir menandatangani Ben White dari Brighton & Hove Albion.