Arsenal telah menjadi kelab terkini yang menandatangani perjanjian dengan gergasi penstriman, Amazon.
The Gunners akan menjadi subjek dokumentari pada musim 2021/22 yang akan datang sebagai sebahagian daripada siri ‘All or Nothing’ Amazon.
Melalui siri dokumentari tersebut, kita akan melihat rakaman eksklusif di belakang tabir mengenai apa yang berlaku di kelab, di tempat latihan dan di bilik persalinan.
You asked. We heard you.#AllOrNothingArsenal
— Arsenal (@Arsenal) July 9, 2021
Coming to @PrimeVideoSport in 2022 ⏳
Siri ini pertama kali memberi tumpuan kepada bolasepak Amerika, dengan Arizona Cardinals NFL menjadi pasukan pertama yang mendapat dokumentari All or Nothing pada tahun 2015.
Sejak itu, siri ini terus berkembang dan mula merangkumi sukan lain seperti bolasepak, ragbi dan hoki ais.
Manchester City menjadi kelab bolasepak pertama yang menerima liputan Amazon dalam menghasilkan sebuah dokumentari, membiarkan kamera untuk merakam aktiviti mereka untuk kempen 2017/18 yang tidak dapat dilupakan ketika mereka mencatat 100 mata dalam musim Liga Perdana Inggeris.
Tottenham Hotspur pula menjadi adalah kelab Inggeris seterusnya dalam siri dokumentari ini pada musim 2019/20 mereka.
Sepanjang tempoh itu, kita melihat pemergian tokoh-tokoh penting seperti Mauricio Pochettino dan Christian Eriksen dan pandangan mengenai gaya pengurusan Jose Mourinho bersama Spurs.
Tetapi siri ini tidak hanya terhad kepada kelab Liga Perdana Inggeris dengan kelab-kelab Eropah lain seperti Juventus, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Brazil juga telah menandatangani perjanjian dengan Amazon.
Dokumentari ini dijangka mempunyai (sekitar) sembilan episod dengan setiap satu episod akan berlangsung antara 45 minit dan satu jam.
Ia dijangka akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2022.
Sebahagian peminat dan penyokong Arsenal nyata gembira dengan pengumuman itu dan berikut adalah beberapa pandangan yang diluahkan mereka.
NEW: @DEADLINE can exclusively reveal that the next installment of Amazon’s All or Nothing series will be covering #AFC for the upcoming season. Full story.https://t.co/VL9bvAJPU0
— Arsènic™ 🇵🇸 (@MrArsenicTM) July 9, 2021
The next installment of Amazon’s All or Nothing series will be covering Arsenal for this season. Filming is set to start in a couple of weeks.
— now.arsenal 🏴 (@now_arsenaI) July 9, 2021
If you haven’t watched the series before it will show behind the scenes footage of everything that happens at the club.
I can’t wait! pic.twitter.com/j9CTmKWry8
Arsenal are doing the Amazon All or Nothing documentary for this up and coming season I really hope we have a good one.
— GunForceEdits 🎗️ (@GunForceEdits) July 9, 2021
Arsenal will be the subject of Amazon's 'All or Nothing' documentary this season.
— Arsenal India 🇮🇳 (@ArsenalIndians) July 9, 2021
It's exciting 😍 🔴⚪ #COYG pic.twitter.com/KA9n5MzjkY
Manakala sebahagian lain merasakan sebaliknya.
Arsenal are the subject of the latest edition of the All or Nothing documentary.
— B/R Football (@brfootball) July 9, 2021
The club will be followed by cameras throughout the 2021-22 season. pic.twitter.com/jek4nHHtyQ
So in our worst period in history we decide to document it 🤦♂️🤦♂️ this will be so embarrassing. No doubt a load of PR acting to show the fans how hard they try and how much they care. Better do something good this season ffs
— ℝ𝕚𝕔𝕙𝕪... (@Richy_________) July 9, 2021
Penyokong pasukan lain mengambil kesempatan untuk membahan The Gunners.
Just thinking about all the Arsenal memes we’re inevitably getting from All or Nothing…
— James Benge (@jamesbenge) July 9, 2021
So you telling me we can watch what happens inside the Banter FC? pic.twitter.com/khwbuKOwBz
— THOTĀ 🟥⬜⬛ (@OleInMerch4nt) July 9, 2021
Spoilers: it’s nothing
— Azza 🏴⭐️⭐️ (@CFCAzza97) July 9, 2021