Pemain tengah Anderlecht, Albert Sambi Lokonga telah melepasi ujian perubatan di Belanda menjelang perpindahannya yang dijangkakan ke Arsenal bulan ini.
The Gunners telah bersetuju dengan bayaran awal € 17.5 juta untuk pemain berusia 21 tahun itu.
Bagaimanapun jumlah itu boleh meningkat kepada € 21 juta dengan tambahan bonus berdasarkan prestasi pemain tersebut.
Dilaporkan tadi bahawa ujian perubatan tersebut akan dilakukan sama ada hari ini ataupun esok, bagaimanapun wartawan Belgium yang terkenal, Sven Claes kini telah mengesahkan bahawa Lokonga telah lulus ujian kecergasan dan perubatan itu.
#AFC | @svenclaes tells me that Sambi Lokonga had his medical in Holland today. He remains away from the Anderlecht squad, however, who are currently on a training camp in Alkmaar.
— Chris Davison (@cdavison_afc) July 9, 2021
It's getting there...😅⏳ pic.twitter.com/wzljgKFaD7
The Gunners sebentar tadi telah mengumumkan kedatangan Nuno Tavares dari Benfica, dan perpindahan Lokonga juga akan dapat disahkan tidak lama lagi.
Our new No 20 💛 pic.twitter.com/18H57Be65v
— Arsenal (@Arsenal) July 10, 2021
Bagaimanapun Lokonga mungkin perlu dikuarantin semasa ketibaannya di Londan dan kemungkinan tidak akan terlibat dengan kem pra musim The Gunners di Scotland.
Sementara itu, kemasukan pemain Belgium itu juga dapat membuka jalan untuk Granit Xhaka melangkah keluar dengan dia dilaporkan hampir pasti menyertai kelab Serie A, AS Roma.
Lokonga mungkin bukan satu-satunya pemain tengah baharu The Gunners pada musim panas ini dengan Edu dan Arteta dilaporkan mencari pemain tengah elit lain untuk menambah kekuatan barisan tengah mereka.
Pemain Belgium itu dianggap sebagai prospek jangka panjang dan dia boleh bertindak sebagai sandaran (backup) kepada Thomas Partey untuk peranan pemain tengah bertahan musim depan.
Arsenal memulakan kempen pra musim mereka dengan perlawanan menentang Hibernian pada 14 Julai (waktu Malaysia) dan empat hari kemudian, mereka akan bermain dalam aksi persahabatan peringatan menentang Rangers sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-150 untuk gergasi Glasgow.