Crystal Palace merosakkan penampilan ke-200 Pep Guardiola dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus Manchester City apabila memalukan mereka di Etihad malam tadi.
Jaringan Wilfried Zaha dan Conor Gallagher memastikan tiga mata dibawa pulang oleh Palace pada ketika skuad The Citizens mengalami kekalahan kedua musim ini.
Zaha meletakkan Palace di hadapan dengan gol ke-50 Liga Perdana individu pada minit keenam, apabila dia menyempurnakan hantaran Gallagher pada penghujung serangan balas pantas sekaligus mengejutkan juara bertahan, City di depan ribuan penyokong mereka.
Pep Guardiola kini telah kalah dalam kedua-dua perlawanan Liga Perdana yang ke-100 dan ke-200 ketika mengendalikan Man City. |
Bertambah malang buat tuan rumah apabila Aymeric Laporte dilayangkan kad merah pada waktu kecederaan babak pertama kerana menjatuhkan pemain lawan.
Gabriel Jesus menjangkakan dia berjaya menyamakan kedudukan sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.
Bagaimanapun video bantuan pengadil (VAR) membatalkan jaringan tersebut kerana dia berada di kedudukan ofsaid.
Ketika permainan berbaki dua minit untuk ditamatkan, Gallagher melengkapkan kemenangan sensasi Palace, 2-0 di Etihad.
Crystal Palace menghancurkan penampilan ke-200 Guardiola dalam saingan EPL manakala Newcastle pula pada penampilan ke-100 pengendali Sepanyol itu. |
Manchester City kini berada di tempat ketiga liga dengan 20 mata, lima di belakang pendahulu Chelsea.