Liverpool nyaris dimalukan.

Saat ketika Liverpool bagaikan sah akan mencipta satu lagi kemenangan selesa selepas mendahului 2-0 dalam tempoh 24 minit, namun ianya adalah dusta belaka.

Malah skuad bimbingan Jurgen Klopp itu juga hampir dimalukan dihadapan ribuan penyokong sendiri oleh pasukan The Seagulls.

Brighton mempamer semangat kebangkitan luar biasa apabila meledak dua gol penyamaan untuk mengikat Reds 2-2 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Malah, skuad The Seagulls yang mengejutkan Liverpool 1-0 di Anfield, Februari lalu mengatur beberapa percubaan yang hampir menghukum tuan rumah menuju ke penghujung perlawanan.

Mujur ketangkasan penjaga gol, Alisson dan kegagalan menyudahkan peluang menyelamatkan Reds daripada dimalukan dilaman sendiri serta mengalami kekalahan pertama musim ini.

Biarpun keciciran mata, Liverpool kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum kalah selepas mengharungi 10 perlawanan setakat ini.

Ketua pasukan, Jordan Henderson membuka jaringan seawal minit ketiga selepas merembat bola ke penjuru gawang.

Sadio Mane menggandakan kedudukan pada minit ke-24 dengan menanduk hantaran cantik pemain gantian, Alex Oxlade-Chamberlain.

Ketika babak pertama baki empat minit, Enock Mwepu mengejutkan tuan rumah dengan merapatkan jurang buat Brighton selepas melakukan tendangan jauh, menewaskan Alisson yang terkeluar dari posisi.

Leandro Trossard kemudian melengkapkan kebangkitan Brighton pada minit ke-65. 

Liverpool kekal di tempat kedua tetapi ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Chelsea manakala Brighton tergelincir ke tempat ketujuh tetapi hanya satu mata daripada empat teratas.

Post a Comment

Previous Post Next Post