Newcastle United dilaporkan telah memulakan perbincangan dengan bekas pemain sayap Arsenal, Marc Overmars untuk bergabung dalam peranan sebagai pengarah bolasepak.
Bekas pemain sayap Arsenal, Marc Overmars boleh menjadi tambahan berprofil tinggi pertama di Newcastle United semenjak diambil alih.
Berikutan pengambilalihan mereka yang disokong oleh Arab Saudi bernilai £ 305 juta, Magpies kini menjadi kelab terkaya di Liga Perdana Inggeris dan terdapat rancangan untuk menjadikan mereka sebagai salah satu kuasa pencabar.
Ini termasuklah dalam hal melibatkan Overmars, yang dilaporkan telah membuka rundingan dengan Newcastle mengenai bergabung sebagai pengarah bolasepak.
Menurut Mirror, bekas pemain sayap Arsenal itu telah berbincang dengan Magpies dan berminat untuk meninggalkan jawatannya di Ajax untuk memastikan kepulangan sensasi ke Liga Perdana Inggeris.
Tambahan pula, laporan itu menyatakan bahawa Overmars telah diberitahu bahawa dia akan diberikan dana mencukupi di Newcastle 'untuk membangunkan gergasi yang sedang tidur'.
Ini, ditambah dengan kerja menakjubkan pengarah berusia 48 tahun itu dalam pasaran perpindahan dan menjadi amaran kepada Arsenal kerana pemilik kelab, Stan Kroenke mungkin mahu campur tangan dan membawanya kembali ke Utara London.
Overmars telah meletakkan namanya pada satu tahap yang menarik apabila membina struktur kukuh dalam membangunkan pemain muda dan kemudian menjualnya untuk keuntungan yang besar.
Model berdikari ini telah membantu mengekalkan daya saing Ajax dengan golongan elit Eropah, dimana dalam tempoh lima tahun sebelum ini telah membawa kelab ke perlawanan akhir Liga Europa dan separuh akhir Liga Juara-Juara.
Dalam urusan perpindahan, menjual pemain seperti Donny van de Beek, Frenkie de Jong, Hakim Ziyech, Matthijs De Ligt, dan Davinson Sanchez, Overmars telah membuktikan kehebatannya dengan memperolehi £ 263 juta untuk lima pemain tersebut dan ini menjelaskan bahawa dia adalah guru perpindahan yang diperlukan Arsenal.
Cara Overmars beroperasi di pasaran perpindahan adalah bijak dan jelas berkesan, yang semestinya memberi amaran kepada Arsenal kerana Newcastle boleh menerima keuntungan dalam masa terdekat.
Dan itu juga mungkin menambah duka dan berita buruk bagi The Gunners dari segi persaingan untuk merebut gelaran Liga Perdana atau tempat ke Liga Juara-Juara dalam jangka panjang.
Sebagai contoh, satu masalah utama di bawah rejim semasa adalah gagal mendapatkan nilai maksimum dari pemain yang mereka lepaskan (jual).
Pada tahun 2021 sahaja, Mesut Ozil, Shkodran Mustafi dan Sokratis semuanya meninggalkan Arsenal tanpa kelab menerima satu sen walaupun menghabiskan £ 95.1 juta untuk menandatangani trio tersebut.
Walaupun Mikel Arteta dan pengarah teknikal Edu dapat menunjukkan fakta bahawa perjanjian itu perlu dilakukan agar kelab dapat bergerak maju dan mengurangkan pembayaran gaji, The Gunners perlu lebih bijak dalam soal ataupun urusan penjualan pemain.
Itu adalah kawasan di mana Overmars dapat membantu Arsenal, yang akhirnya akan memberikan Arteta dana tambahan untuk melabur dalam pasukan utamanya dan mungkin dapat membantu dengan lebih cepat untuk kembali ke era kegemilangan The Gunners.
Sesuatu yang menarik, Overmars juga telah meningkatkan reputasi Ajax untuk membangunkan bakat tempatan, dengan tidak kurang daripada 42 graduan akademi mereka berjaya menyertai pasukan utama sepanjang tempoh perkhidmatannya (untuk setakat ini).
Arsenal ketika ini jelas masih belum menguasai seni pasaran perpindahan, mungkin Kroenke dan barisan berkuasa kelab dapat merampas rancangan Newcastle untuk melantik salah seorang pengarah bolasepak terbaik yang ada didepan mata.