Newcastle United masih mencari pengurus berpotensi untuk menggantikan Steve Bruce dan Times melaporkan bahawa Roberto Martinez, Steven Gerrard dan Unai Emery kini menjadi calon utama mereka.
Pada 7 Oktober 2021, kelab yang berpangkalan di Newcastle upon Tyne dibeli pada harga £ 300 juta oleh sebuah konsortium yang diketuai oleh Dana Pelaburan Awam (Public Investment Fund) kerajaan Arab Saudi.
Pengambilalihan itu menjadikan Newcastle menjadi kelab terkaya di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pemilik baharu dilaporkan ingin membawa masuk pengurus mereka sendiri (pilihan).
Newcastle kini berada di tangga ke-19 liga dan mereka masih gagal memenangi walaupun satu perlawanan liga dibawah pengurus sekarang, Steve Bruce dan kedudukan kedua tercorot itu jelas tidak menyenangkan pemilik baharu mereka.
Kedudukan itu juga menjelaskan bahawa Bruce bukanlah individu yang tepat untuk memimpin kelab tersebut, yang kini berusaha untuk kembali menjadi sebuah pasukan pencabar sebagaimana yang pernah mereka kecapi dahulu.
Sudah pasti pemilik baharu harus membawa pengganti yang lebih berkualiti demi menrealisasikan hasrat tersebut.
Menurut laporan Times, Roberto Martinez, Steven Gerrard dan Unai Emery kini dikatakan berada dalam radar pemilik baharu Newcastle untuk menggantikan Bruce.
Roberto Martinez telah menjalankan tugas beliau dengan cemerlang bersama Belgium (untuk setakat ini) dan dia sudah pastinya dapat memberikan sesuatu yang berkualiti kepada pasukan yang lebih dikenali dengan panggilan The Magpies.
Pun begitu, dia juga masih belum berjaya membimbing generasi emas Belgium untuk menjulang sebarang trofi utama semenjak menjadi pengurus pasukan kebangsaan negara tersebut.
Pencapaian terbaik beliau bersama Belgium adalah dengan membawa pasukan kebangsaan itu menduduki tangga ketiga Piala Dunia 2018.
Steve Bruce has now managed 1,000 games in his football career 👏 pic.twitter.com/9vEXWolr2B
— ESPN UK (@ESPNUK) October 17, 2021
Sementara Gerrard pula membantu Rangers mengakhiri penguasaan Celtic dalam bolasepak Scotland dan dia membimbing gergasi Ibrox merangkul gelaran liga yang tidak dapat dilupakan musim lalu.
Manakala Unai Emery pula pernah mempunyai pengalaman bersama Liga Perdana Inggeris sebelum ini iaitu ketika membimbing Arsenal dan dia dilihat memiliki kualiti yang lebih baik berbanding Bruce.
Malah, resume pengendali Sepanyol itu juga terbukti dengan (telah) memenangi beberapa trofi Eropah sepanjang kariernya.
Dalam menghadirkan kecemerlangan pasukan, pemilik baharu Newcastle dijangka akan melabur untuk memperkuatkan skuad sedia ada dan masih harus dilihat siapakah yang akan dibawa mereka sebagai pengurus baharu.
Keutamaan Magpies adalah untuk kekal bersaing musim ini dan mengekalkan kedudukan mereka dalan saingan tertinggi bolasepak Inggeris bagi musim hadapan.
Mereka tidak mampu diturunkan (relegated) dan kelab harus bertindak pantas untuk mengelak penyingkiran dari saingan Liga Perdana Inggeris.
Bruce gagal mengubah prestais pasukannya dan pemilik baharu mesti membawa seseorang yang dapat mengubah pasukannya dengan segera.
28 - Since Steve Bruce took the Newcastle United job prior to the start of the 2019-20 campaign, the Magpies have dropped 28 points from winning positions in home league games, the most of any Premier League side. Curtains. pic.twitter.com/Hz6dAIYsNu
— OptaJoe (@OptaJoe) October 17, 2021