Senarai pemain skuad Harimau Malaya B-22 ke Kelayakan Piala Asia B-23

Senarai akhir 23 pemain skuad Harimau Malaya B-22 ke Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia (25-31 Oktober 2021).

Laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengeluarkan senarai pemain yang akan menggalas tugas bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2022, yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 31 Oktober ini di Monglia.

Berikut senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Brad Maloney bagi menghadapi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Laos, Mongolia dan Thailand.

BIL NAMA UMUR PASUKAN
1. MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI 20 SELANGOR FC
2. SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN 19 SELANGOR FC
3. AHMAD ZIKRI MOHD KHALILI 19 SELANGOR FC
4. MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI 19 SELANGOR FC 2
5. MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR 18 SELANGOR FC 2
6. MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM 19 SELANGOR FC 2
7. SARAVANAN A/L THIRUMURUGAN 20 SELANGOR FC 2
8. HARITH HAIQAL ADAM AFKAR 19 SELANGOR FC 2
9. SYED MUHAMMAD NASRULHAQ SYED BIDIN 22 TERENGGANU FC
10. MOHAMAD HAKIMI ABDULLAH 22 TERENGGANU FC
11. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT 22 TERENGGANU FC
12. MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD 20 TERENGGANU FC
13. MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL 21 TERENGGANU FC II
14. MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT 21 TERENGGANU FC II
15. MUHAMMAD NUR AZFAR FIKRI AZHAR 21 TERENGGANU FC II
16. MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN 19 JOHOR DARUL TA’ZIM II
17. MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI 20 JOHOR DARUL TA’ZIM III
18. MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL 20 KEDAH DARUL AMAN FC
19. MUHAMMAD AZRI AB GHANI 22 PERAK FC
20. QUENTIN CHENG JIUN-HO 22 PENANG FC
21. AZHAD HARRAZ ARMAN 18 SKUAD PROJEK FAM-MSN
22. LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN 19 KV KORTRIJK
23. ANNIL R VIGNESWARAN 18

SGV FREIBERG

Senarai di atas turut menampilkan empat pemain kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC), Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Quentin Cheng (Penang FC) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) yang telah pun menyertai pasukan pada Isnin, 18 Oktober 2021 sejurus mereka selesai kuarantin selepas pulang dari tugasan skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe di Amman, Jordan.

Yang turut tersenarai, dua pemain baharu yang dipanggil ketika kem latihan pusat Fasa 2 berlangsung iaitu Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar (Terengganu FC II) dan Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC 2).

Seorang lagi pemain yang berada dalam senarai akhir 23 pemain itu ialah pemain berpangkalan di Jerman, Annil Vigneswaran (SGV Freiberg) yang akan terus menyertai pasukan setibanya di Ulaanbaatar nanti.

Sementara, sembilan pemain dari kem latihan pusat Fasa 2 tidak berada dalam senarai akhir tersebut kerana masalah kecederaan iaitu Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Firdaus Ramli, Alif Mutalib dan Chia Ruo Han (Johor Darul Ta’zim II) serta K. Thivandaran (PJ City FC).

Yang turut tidak tersenarai ialah penjaga gol Firdaus Irman Fadhil, Khairi Suffian Khaineyusri, Aidil Azuan dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan (Selangor FC 2).

Skuad kendalian Maloney ini akan berlepas ke Ulaanbaatar pada Rabu, 20 Oktober 2021 yang mana Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober 2021 (3.00 petang) diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021 (11.00 pagi) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober 2021 (11.00 pagi) bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.

  • 25 Oktober 2021 (3.00 petang) vs Laos 
  • 28 Oktober 2021 (11.00 pagi) vs Mongolia
  • 31 Oktober 2021 (11.00 pagi) vs Thailand

Ketiga-tiga perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar yang menggunakan permukaan padang rumput tiruan.

MFF Football Centre yang turut menjadi stadium bagi kelab Ulaanbaatar

Post a Comment

Previous Post Next Post