5 pemain yang boleh menyertai Newcastle pada bulan Januari.

Berikutan pengambilalihan £300 juta kelab mereka dan pemecatan pengurus Steve Bruce, peminat Newcastle United boleh berani bermimpi lagi.

Pemilik baharu dijangka akan mengeluarkan dana besar selepas urusan melantik pengurus berprofil tinggi mereka diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Walaupun memenangi trofi akan menjadi rancangan jangka panjang mereka, namun buat masa ini, Newcastle United lebih memberi tumpuan kepada sasaran supaya tidak tersingkir saingan tertinggi bolasepak Inggeris.

Mereka ketika ini berada di tangga ke-19 dalam Liga Perdana dan pastinya kedudukan ini tidak begitu mengembirakan pemilik baharu.

Beberapa pemain berkelas dunia telah pun dikaitkan dengan kelab itu, bagaimanapun, tidak mungkin pemain seperti Kylian Mbappe atau Erling Haaland akan berpindah ke St James' Park dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, berikut ialah lima pemain yang boleh menyertai Newcastle United pada bulan Januari:

No.5 James Ward-Prowse : Southampton

James Ward-Prowse banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Aston Villa pada musim panas ini, tetapi akhirnya menandatangani kontrak baharu dengan kelabnya sekarang.

Ward-Prowse telah menjadi pemain untuk satu kelab setakat ini, bersama Southampton sejak 2003.

Dia membuat penampilan sulung untuk kelab itu (skuad senior) pada 2011 dan telah membuat 332 penampilan dalam semua pertandingan untuk mereka, menjaringkan 35 gol dan menghasilkan 43 bantuan. 

Pemain antarabangsa England itu adalah salah seorang pakar dead-ball terbaik dalam Liga Perdana pada masa ini.

Ward-Prowse mampu bermain dalam pelbagai posisi di bahagian tengah dengan pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain berbakat yang terkenal dengan kecergasannya; dia telah menjadi pemain tetap di bahagian tengah Southampton sejak sekian lama. 

Tidak menghairankan sekiranya Newcastle United telah dikaitkan dengannya, walaupun harganya tidak murah.

No.4 Donny van de Beek : Manchester United

Amat mengejutkan jika Donny van de Beek masih kekal sebagai pemain Manchester United selepas jendela perpindahan musim sejuk.

Van de Beek menyertai United dari Ajax pada 2020 dengan harga £35 juta sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia. 

Pemain tengah itu bagaimanapun, telah mendapati masa permainannya sangat sukar untuk diperolehi dan ramai peminat telah menyatakan kekecewaan mereka dengan itu. 

Malah pengurus Ole Gunnar Solskjaer juga sering kali ditanya tentang kekurangan minit permainan Van de Beek.

Pemain antarabangsa Belanda itu hanya membuat satu penampilan Liga Perdana musim ini, yang berlangsung selama enam minit. 

Van de Beek berhak mendapat yang lebih baik dan pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan sedang giat mencari jalan keluar. 

Everton, Newcastle United, Barcelona dan Arsenal semuanya telah dikaitkan dengan pemain tengah itu.

No.3 Ousmane Dembele : Barcelona

Ousmane Dembele menyertai Barcelona sebagai pengganti berpotensi kepada Neymar pada 2017, tetapi tidak banyak yang dapat diberikan pemain itu berbanding keterujaan yang diberikan sejak diumumkan ketibaannya di Camp Nou.

Barcelona menandatangani Dembele dari Borussia Dortmund dengan harga £121.5 juta, ketika mereka berusaha dengan segera untuk menggantikan Neymar yang akan berpindah ke PSG. 

Dembele dilihat sebagai pelaburan bijak oleh kelab, kerana pemain antarabangsa Perancis itu telah mempamerkan aksi cemerlang dalam kedua-dua liga - Ligue 1 dan Bundesliga pada usia yang sangat muda.

Bagaimanapun, Dembele mengalami masalah kecederaan yang berterusan sejak menyertai kelab gergasi La Liga itu. 

Dia telah membuat 118 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab itu, menjaringkan 30 gol dan menghasilkan 21 bantuan.

Pernah dilihat sebagai salah satu bintang muda terbaik di dunia, pemain berusia 24 tahun itu kini bergelut untuk membarisi skuad utama Barcelona. 

Dembele juga pernah mengalami kontroversi di luar padang dan dengan kontrak semasanya bersama Barcelona akan tamat pada tahun depan, jadi dia boleh meninggalkan kelab itu pada Januari nanti.

No.2 James Tarkowski : Burnley

James Tarkowski telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain paling penting Burnley di bawah Sean Dyche.

Pemain berusia 28 tahun itu adalah bintang pertahanan Burnley, yang mejelaskan banyak perkara.

Burnley terkenal dengan gaya permainan bertahan dan berdisiplin, yang tidak menjadikan mereka sangat menarik untuk ditonton. 

Bagaimanapun, Tarkowski telah berkembang pesat sejak menyertai kelab itu dari Brentford pada 2016 pada harga £3.6 juta.

Bek tengah itu nampaknya akan meninggalkan kelab secara percuma apabila kontraknya tamat pada musim panas akan datang. 

Newcastle United telah dikaitkan dengannya baru-baru ini dan pemain antarabangsa England itu boleh menjadi pemain baharu yang bijak dan murah untuk memperbaiki pertahanan Magpies.

No.1 Philippe Coutinho : Barcelona

Agak mengejutkan apabila dua pemain Barcelona dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle United.

Lebih mengejutkan ialah fakta bahawa kedua-dua pemain itu telah menelan belanja Barcelona lebih £100 juta setiap seorang.

Salah seorang daripada mereka, Philippe Coutinho, menyertai kelab gergasi La Liga itu dari Liverpool pada 2018 dengan yuran menggemparkan iaitu sebanyak £121.5 juta. 

Pemain antarabangsa Brazil itu adalah salah seorang pemain terbaik dalam Liga Perdana sebelum berpindah ke Barcelona dan ramai yang menganggapnya sebagai pemain yang ideal untuk Barcelona.

Coutinho bagaimanapun telah bergelut untuk memenuhi jangkaan itu sehinggalah dia dipinjamkan ke Jerman.

Tempoh pinjaman semusim di Bayern Munich akan diingati oleh peminat Barcelona. 

Coutinho menjaringkan dua gol ketika Bayern Munich membelasah kelab induknya 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara 2019-20. 

Pemain berusia 29 tahun itu kini merupakan pemain skuad Barcelona dan berkemungkinan akan meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Graeme Jones (kanan) menjadi caretaker Newcastle ketika ini.

Inilah sebahagian mimpi-mimpi indah yang boleh terjadi kepada Newcastle pada jendela perpindahan musim sejuk nanti.

Namun mereka perlu terlebih dahulu menyelesaikan siapakah pengurus mereka sebelum urusan pembelian pemain baharu dilakukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post