Mohamed Elneny bakal ke Turki Januari ini.

Perjanjian pada dasarnya telah dipersetujui dengan kelab bersedia untuk berunding bersama Arsenal.

Galatasaray menunjukkan minat untuk mendapatkan Mohamed Elneny pada musim panas lalu tetapi tidak berjaya dalam usaha mereka membawanya pergi dari Arsenal.

Pemain tengah itu telah hilang kemasyhuran di kelab Utara London itu dengan dapat disaksikan dia hanya membuat satu penampilan sejak akhir Ogos tahun ini.

Satu-satunya penampilan yang dibuat Elneny musim ini hadir dalam kemenangan Piala EFL The Gunners ke atas Leeds United minggu lalu.

Elneny hanya beraksi selama 72 minit dalam saingan EFL bertemu Leeds.

Kontrak semasa Elneny akan tamat pada penghujung musim ini dan tempoh baki kontrak pemain berusia 29 tahun itu serta situasinya di Emirates telah menarik perhatian kelab Turki.

Pengurus Galatasaray, Faith Terim mahu pasukannya mengukuhkan bahagian tengah dalam pasaran musim sejuk dan nama pemain antarabangsa Mesir itu berada di atas senarai keinginannya.

Itu menurut Sporx, yang menambah terdapat 'kemungkinan tinggi' untuk perpindahan Elneny berlaku pada Januari nanti.

Malah dikatakan bekas pemain Basel itu mempunyai 'perjanjian pada dasarnya' dengan pihak Super Lig. 

Galatasaray juga dilaporkan akan memulakan perbincangan dengan pemain mengenai butiran kontrak dalam masa terdekat ini.

Di samping itu, pihak Terim merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Arsenal untuk membincangkan butiran bayaran perpindahan.

Sporx berkata ia 'kemungkinan besar' Elneny akan berakhir di Galatasaray dalam jendela perpindahan seterusnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post