Adakah Arsenal kembali berusaha mendapatkan Renato Sanches?

Pemain yang menjadi sasaran Arsenal pada musim panas, kini dilaporkan sedia berpindah.

Arsenal pernah membuat percubaan untuk menandatangani Renato Sanches dari Lille pada musim panas lalu, namun harga yang diminta olehpasukan Ligue 1 itu telah menyebabkan tiada tindakan susulan dibuat oleh Edu.

Bagaimanapun selepas menjuarai Ligue 1 dengan Christophe Galtier mengetuai kelab Perancis itu, mereka dilaporkan bersedia untuk melepaskan bintang mereka itu tetapi hanya pada harga yang sesuai.

Demikian menurut Gazzetta dello Sport, yang melaporkan Edu ingin memperkuatkan skuad The Gunners pada musim panas lalu dan telah menghubungi kelab Perancis itu, namun jumlah sebanyak €35 juta telah diletakkan pada pemain itu.

Mungkin Edu tidak sanggup untuk mengeluarkan jumlah sebegitu besar dan keberatan meneruskan rundingan menyebabkan perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.

Namun dalam perkembangan terkini mengenai pemain tersebut, dia dilaporkan ingin meninggalkan kelab pada Januari ini.

Malah ejen pemain itu, Jorge Mendes turut difahamkan sedang mencari peluang dan sedia berunding dengan mana-mana kelab.

Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan mengenai harga permintaan yang ditetap oleh Lille untuk Sanches dan dipercayai mereka masih mengekalkan harga yang sama.

Pun begitu, dengan keinginan pemain itu untuk berpindah keluar, Lille mungkin terpaksa menerima harga yang lebih rendah dari apa yang diminta mereka pada musim panas lalu.

Kita perlu tunggu dan lihat tentang perkara itu, tetapi jika Arsenal menyedari pemain tersebut mampu mengukuhkan skuad Arteta, ia boleh menjadi peluang keemasan untuk mendapatkannya.

Malah aksi pemain itu diperingkat antarabangsa turut mendapat perhatian para peminat dan penyokong The Gunners, yang rata-rata mahukan Edu menandatanganinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post