“Ia adalah rumah saya” – Coquelin sentiasa bersyukur untuk masa yang dihabiskan di Arsenal dengan Wenger diibaratkan sebagai bapa.
Kini berusia 30 tahun, Francis Coquelin meneruskan kariernya di Sepanyol, setelah berpindah dari London ke sana pada Januari 2018.
Valencia membayar sebanyak £12.6 juta kepada Arsenal pada jendela perpindahan musim sejuk untuk mendapatkan khidmat pemain yang dibesarkan di Emirates ini.
Pada 11 Januari 2018, Coquelin kemudiannya menandatangani kontrak dengan kelab La Liga lain, Valencia dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak €14 juta.
Bersama Valencia, di mana dia kini bermain di bawah Unai Emery dalam peranan bergilir, memulakan enam daripada kemungkinan 12 perlawanan dalam La Liga musim ini (untuk setakat ini).
Dia gembira di sana, mengikat kontrak dengan kelab sehingga 2024, tetapi dia tidak akan melupakan 10 tahun yang dihabiskan bersama Arsenal.
Walaupun (ketika bersama Arsenal) dipinjamkan kepada beberapa kelab seperti Lorient, Freiburg dan Charlton, namun dia tetap menjadi sebahagian daripada kepercayaan Arsene Wenger apabila merekodkan 160 penampilan untuk The Gunners sepanjang tempoh itu.
Itulah sebabnya dia akan selamanya berterima kasih kepada Arsenal dan bekas pengurus itu sebagaimana dijelaskan kepada El Periodico Meditteraneo.
Dia berkata: “Saya masih sangat muda ketika Arsenal menandatangani saya.
"Saya belum lagi berumur 18 tahun. Saya banyak belajar di sana, dilatih untuk menjadi sebagai pemain dan juga menjadi insan berguna.
"Saya, antara dipinjamkan, 10 tahun di Arsenal. Ia seumur hidup dan ia adalah rumah saya”.
Ditanya adakah Wenger memberi kesan dan pengaruh terhadapnya, jawapannya sangat mudah: “Semuanya.
"Dia menandatangani saya, dia melatih saya bekerja keras, dia mengajar saya ... dia seperti bapa kedua kepada saya.
Coquelin anggap Wenger sebagai bapanya. |
"Arsene adalah orang yang sangat penting dalam karier saya, kerana dia membantu saya dalam bolasepak dan secara peribadi.
"Saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya atas kepercayaan yang dia berikan kepada saya”.
Kejayaannya dalam pasukan Liga Perdana Inggeris hanya muncul selepas lima tahun atau lebih, dan semua yang dia capai adalah hasil kerja keras dan semangat yang tidak mudah berputus asa.
Seperti yang dikatakannya, 'bolasepak elit tidak mudah dan hanya mereka yang berterusan, bercita-cita tinggi dan mental yang sangat kuat akan kekal'.