Bintang Arsenal dipuji kerana menjadi pemain terbaik negaranya untuk tempoh 18 bulan terkini.
Kieran Tierney telah dipuji oleh media Scotland berikutan prestasi mengagumkan untuk negaranya pada malam Isnin.
Pemain pertahanan Gunners itu membantu Scotland mencatatkan kemenangan penting 2-0 ke atas Denmark dalam kelayakan Piala Dunia.
Kemenangan itu bermakna Scotland akan mempunyai kelebihan di tempat sendiri dalam aksi playoff yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan.
Menentang Denmark, pemain Arsenal itu beraksi di sebelah kiri dalam formasi tiga pemain pertahanan dengan pemain Liverpool, Andrew Robertson sebagai bek sayap kiri.
Tierney membantu negaranya mencatatkan rekod bersih (clean sheet) dalam sebahagian daripada pertahanan yang bertahan teguh ketika menentang Denmark.
Pemain berusia 24 tahun itu juga mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika melakukan serangan dimana dia telah merekodkan dua percubaan, salah satunya mengenai palang gol.
Persembahan mantap Tierney itu jelas mendapat perhatian media Scotland dengan Scotsman memberikan Tierney rating - 8 daripada 10 dan menulis: "Memenangi majoriti duel pertahanannya dan kelihatan yakin dengan bola apabila bergerak ke hadapan."
Sementara itu, Football Scotland memberikannya 9 daripada 10 dan menulis: “Boleh dikatakan pemain terbaik Scotland sepanjang 18 bulan lalu
“Tidak mendapat tajuk utama tetapi dia beraksi dengan hebat di luar kedudukan. Pemain bolasepak bertaraf dunia dan cemerlang – sekali lagi.”
Dan Herald Scotland memberikan Tierney 8 daripada 10 dan menulis: “Tidak kurang dari yang dijangkakan daripada Tierney.
“Bersama dengan Robertson di sebelah kiri sepanjang malam. Diselit sebagai sebahagian daripada tiga pemain belakang yang hebat yang tidak melepaskan bola sepanjang malam."
Dengan rehat antarabangsa kini berakhir, Tierney akan kembali ke Arsenal dan bersedia untuk kunjungan ke Anfield bagi aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool.