Arsenal berminat dengan pemain tengah RB Leipzig

The Gunners dilaporkan berminat terhadap pemain tengah RB Leipzig, Tyler Adams tetapi perlu membayar €40 juta jika mereka ingin mendapatkannya.

Itu menurut SportBILD, yang mengatakan pemain Leipzig itu mempunyai klausa pelepasan dalam kontrak semasanya.

Akhbar Jerman itu melaporkan kisah bagaimana pemain skuad Leipzig sekarang menggunakan peluang mewakili kelab itu (sebagai batu loncatan) sebelum berpindah ke kelab-kelab besar.

Mereka melihat contoh pemain-pemain terdahulu seperti, Timo Werner, Dayot Upamecano dan beberapa yang lain membuat perpindahan ke kelab lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang mana kelab Jerman itu selesa untuk melakukannya, tetapi mereka juga mahu memastikan bahawa mereka dibayar jika ada pemain yang berpindah.

Maka klausa pelepasan dimasukkan dalam kontrak beberapa pemain mereka.

Adams adalah salah seorang daripada mereka, dengan pemain berusia 22 tahun itu mempunyai klausa €40 juta dalam perjanjian semasanya, yang hanya akan berakhir pada 2025. 

Bayaran sedemikian akan menyaksikan mereka mendapat keuntungan besar setelah hanya mengeluarkan belanja sebanyak £2.37 juta kepada Red Bulls pada Januari 2019 untuk mendapatkan pemain tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat minat terhadap pemain Amerika itu dengan mereka menyatakan bahawa Arsenal 'berminat' kepadanya.

Itu sahaja yang dilaporkan oleh akhbar itu pada ketika ini, jadi tidak jelas sama ada Arsenal telah berhubung dalam sebarang cara mengenai perpindahan yang berpotensi itu.

Adams mungkin sesuai dan mampu bermula dengan baik di Emirates, dengan The Gunners kini fokus untuk menandatangani pemain muda dan dia tidak terkecuali.

Baca: Arteta teruskan usaha meremajakan Arsenal.

Malah dia juga merupakan pemain tengah bertahan, sesuatu yang boleh Arsenal pertimbangkan.

Minat masih ada dan nama Adams mungkin menjadi perhatian jika Arsenal memutuskan untuk terus menyokong Arteta seperti yang mereka lakukan pada jendela musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post