The Gunners telah memberi amaran bahawa mereka tidak akan melepaskan pemain muda itu.
Kepulangan Gabriel Martinelli ke Brazil hanya bertahan beberapa jam sahaja sebelum timbul kisah mengenai perpindahannya.
Dengan khabar angin di media sosial mengatakan pemain muda Arsenal itu boleh berpindah ke Corinthians secara pinjaman, media tempatan tidak lama kemudian bercakap dengan beberapa sumber yang menolak dakwaan itu.
Dua daripada mereka yang menafikan dakwaan itu ialah ejen Martinelli dan pengarah Arsenal, Edu Gaspar, jadi ia sudah lebih daripada mencukupi untuk menamatkannya.
Kini wartawan Jorge Nicola berkesempatan untuk bercakap dengan bapa penyerang itu dan selain bercakap tentang khabar angin ini, mereka juga berbual tentang situasi semasa pemain itu di London.
Joao Martinelli (bapa Martinelli) bermula dengan menafikan peluang tersebut, kerana bukan sahaja Corinthians yang tidak mempunyai peluang untuk membawa bintang muda itu kembali ke negara asalnya, bahkan mana-mana kelab lain juga.
"Tiada peluang dia pergi ke Corinthians atau mana-mana kelab Brazil yang lain," kata Joao Martinelli kepada Jorge Nicola sebagaimana dipetik Yahoo.
Nicola kemudian menulis di blognya bahawa bapa Martinelli mengakui pemain itu telah terganggu dengan situasinya dalam skuad, kerana masih kekal berada di bangku simpanan musim ini.
Sementara itu, Joao dipetik berkata pemain berusia 20 tahun itu telah mendapat tawaran untuk meninggalkan The Gunners.
“Sejak dia kembali cergas, dia bermain kurang daripada apa yang dijangka.
"Malah ada beberapa tawaran dari Eropah, tetapi Arsenal sudah memberi amaran bahawa mereka tidak akan melepaskannya."
Joao Martinelli juga menunjukkan beberapa sebab mengapa lembaga pengarah Arsenal menyukai pemain itu.
“Orang ramai suka dia. Bukan sahaja untuk apa yang dia pamerkan (beraksi), tetapi juga untuk dedikasinya.