Arsenal telah membuat tawaran pertama dengan cadangan pertukaran pemain Nicolas Pepe, namun Juventus mahukan €35 juta.
Jelas sekali Arsenal dan Mikel Arteta melalui Edu Gasper cuba menambah sedikit kreativiti dan mungkin juga beberapa gol kepada skuad The Gunners apabila mensasarkan Dejan Kulusevski.
The Gunners telah dikaitkan dengan begitu kuat untuk menandatangani pemain antarabangsa Sweden itu dan khabar angin tersebut tidak akan hilang dalam masa terdekat ini.
Kulusevski mendapati dirinya agak sukar untuk mendapatkan masa permainan di Juventus sejak Max Allegri mengambil alih dan atas sebab ini, jodoh dia bersama kelab Turin itu mungkin tidak lama.
TuttoJuve mempunyai beberapa maklumat mengenai perkara itu dimana mereka mengesahkan bahawa Arsenal mahukan warga Sweden itu dan berharap untuk mengulangi kegemilangan yang pernah dicipta Freddie Ljungberg bersama The Gunners.
Langkah pertama mereka untuk mencuba dan memperoleh Kulusevski adalah dengan 'mencadangkan pertukaran pemain - Nicolas Pepe', yang gagal menyerlah setelah £72 juta dibelanjakan untuk menandatanganinya dari Lille pada 2019.
Juventus, bagaimanapun tidak akan berminat dan meminta hanya wang tunai dalam urusan perpindahan itu, dengan tuntutan 'sekurang-kurangnya €35 juta' untuk mereka melepaskan pemain berusia 21 tahun itu.
Kulusevski hanya mempunyai satu gol dan satu bantuan gol dalam 15 penampilan untuk pasukan Serie A itu, setakat musim ini.
Arsenal berharap Kulusevski mampu menjadi seperti bekas pemain The Gunners, Freddie Ljungberg yang merupakan seorang pemain Sweden, namun jangan dilupai seorang lagi pemain warga negara itu yang juga pernah mewakili The Gunners, Kim Kallstrom.
Kallstrom menyertai Arsenal secara pinjaman pada 31 Januari 2014, untuk baki musim 2013/14 dan hanya membuat empat penampilan secara keseluruhan.