Tak mampu beli, pinjam pun boleh.

Juventus dilaporkan terbuka untuk melepaskan pemain secara pinjaman.

Seperti yang anda lihat sepanjang minggu lalu, Dejan Kulusevski telah dilaporkan menjadi sasaran Arsenal dan begitu hangat diperkatakan,

Pemain antarabangsa Sweden itu tidak bermain terlalu banyak untuk Juventus musim ini dan ada yang mengatakan bahawa kelab Turin itu mensia-siakan bakat pemain tersebut di Serie A.

Rekod penampilan Kulusevski bersama Juventus musim ini (2021/22) setakat ini.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Minit Permainan
Serie A 11 - 1 355'
Champions League 4 1 - 67'
JUMLAH 15 1 1 422'

Di situlah The Gunners muncul, dengan dilaporkan baru-baru ini bahawa kelab Utara London telah menawarkan Nicolas Pepe sebagai sebahagian daripada perpindahan tersebut.

Difahamkan bahawa Pepe telah ditawarkan kepada Juventus dan dijadikan sebagai 'barang' tawar-menawar dalam rundingan itu.

Namun Juventus lebih menyukai untuk menerima wang sekiranya mereka memutuskan untuk berpisah dengan pemain itu.

Il Bianconero mengulanginya dalam laporan mereka dengan mendakwa kelab Itali itu bersedia untuk menjualnya tanpa perlu mengambil kira kerugian €35 juta yang dibayar kepada Atalanta, ketika mereka menandatanganinya pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, dengan ketiadaan tawaran yang mencukupi (tiada permintaan tinggi untuk pemain itu), mereka kini terbuka kepada kemungkinan perpindahan secara pinjaman, yang akan menyaksikan mereka mengekalkan kawalan ke atas penyerang itu, sementara Kulusevski mendapat lebih banyak peluang bermain di tempat lain.

Walaupun laman web tersebut tidak menyatakannya, ia boleh menjadi peluang yang baik untuk Arsenal, yang akhirnya boleh membuat perjanjian yang sama sebagaimana ketika menandatangani Martin Odegaard.

Arsenal sebelum ini telah meminjam Odegaard dari Real Madrid dan menerima hasil yang berbaloi sepanjang tempoh itu, sebelum membuat keputusan membelinya pada musim berikutnya. 

Langkah yang sama boleh dilakukan terhadap Kulusevski, dengan meminjamnya terlebih dahulu, menilai prestasinya sebelum membuat keputusan membelinya kemudian hari.

Kelebihan buat Arteta dan Arsenal sekiranya mampu menandatangani pemain ini secara pinjaman kerana kebolehan Kulusevski untuk beraksi pada pelbagai posisi dibahagian depan dan ini mampu memudahkan pengurus The Gunners itu dalam menurunkan barisan terbaik.

Ia sememangnya sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh The Gunners jika mereka tidak mahu membelanjakan €35 juta pada pertengahan musim ini dalam mengukuhkan lagi jentera serangan.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan
Right Winger 4 1 -
Second Striker 3 - 1
Left Midfield 1 - -
Attacking Midfield 1 - -
Centre-Forward 1 - -
Right Midfield 1 - -

Post a Comment

Previous Post Next Post