Ketua kelab jelaskan mengenai minat The Gunners terhadap bintang muda mereka dan tidak boleh mengulas mengenai khabar angin.
Nama Ianis Stoica secara tiba-tiba menjadi terkenal dikalangan peminat dan penyokong Arsenal setelah pemain muda Romania ini dikatakan menjadi sasaran The Gunners.
Ketika ini, penyerang muda itu cemerlang bersama FCSB dan dilaporkan bahawa pihak pemantau (scout) The Gunners telah lama memerhatikannya.
Tetapi petikan dari Gigi Becali telah disalah tafsir, kerana dia tidak pernah mengesahkan minat dari pihak The Gunners.
Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu dan menegaskan bahawa bintang mudanya itu tidak akan dijual buat masa ini.
Walau bagaimanapun, setiap kali pasukan Liga Perdana Inggeris mencetuskan minat terhadap pemain Romania, ia biasanya akan menjadi satu berita besar.
Ini menjelaskan mengapa media Romania, Telekom Sport begitu bersungguh-sungguh untuk memanggil pihak FCSB dalam rancangan temubual mereka.
Antara wakil FCSB yang hadir dalam temubual itu adalah Pengurus Besar, Mihai Stoica (tiada kaitan dengan pemain) dan pengarah sukan kelab tersebut.
Menayangkan tangkapan skrin yang memaparkan petikan media Inggeris, mereka telah menayakan sama ada Arsenal sememangnya ada menghubungi mereka.
Jawapan yang dikeluarkan oleh ketua kelab itu adalah tidak sama sekali, dimana dia menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut.
Dia berkata: “Mengenai minat Arsenal, mereka perlu menghantar e-mel, faks, sesuatu... Apa yang muncul, apa yang bertulis, saya tidak boleh mengulas mengenai perkara ini.
"Kami tidak mempunyai apa-apa, kami tidak menerima pertanyaan daripada Arsenal”.
Jadi begitulah kisah sebenarnya setakat ini mengenai minat Arsenal yang didakwa terhadap penyerang muda Romania itu.
Jika The Gunners memang benar memantau Stoica, mereka mungkin melakukannya dari jauh dan tidak membuat minat mereka terhadap pemain itu diketahui oleh kelabnya, buat masa sekarang.
Siapa tahu?