Respon Arteta mengenai kepulangan Wilshere

Jawapan ringkas Arteta penuh tersirat apabila ditanya mengenai Wilshere di Arsenal.

Mikel Arteta telah membuka pintu kepada Arsenal untuk kemungkinan menandatangani semula Jack Wilshere dengan jawapan ringkas dan penuh tersirat, yang dijelaskan dalam sidang media terbarunya.

Setelah gagal menyertai mana-mana pasukan Wilshere akhirnya kembali ke Arsenal, menjalani latihan ditempat yang tidak asing lagi buat dirinya, dalam usaha untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Malah difahamkan, dia turut melatih beberapa pemain muda Arsenal.

Bekas bintang Arsenal dan England itu juga lebih banyak bekerja dalam industri media, menikmati peranan tetap di TalkSPORT ketika ini. 

Pun begitu, masa depannya dalam bolasepak, bagaimanapun masih tidak jelas setakat ini.

The Gunners ketika ini masih kehilangan khidmat Granit Xhaka buat sementara, manakala Elneny pula dijangka akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari ini.

Situasi mungkin bertambah teruk apabila skuad Arteta bakal kehilangan beberapa pemain menjelang kejohanan Piala Negara Afrika, yang akan bermula Januari 2022.

Kekurangan pemain tengah berkualiti ketika ini menyebabkan Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa pemain termasuklah Renato Sanches, antara yang paling kuat diperkatakan.

Sehubungan itu, Arteta telah ditanya sama ada dia boleh menandatangani Wilshere atau tidak.

Wilshere hanya kekurangan dua perlawanan untuk mencapai rekod 200 penampilan untuk The Gunners dan Arteta telah membuka pintu, menyampaikan hajatnya dalam pesanan cukup ringkas.

"Kami tahu kualiti yang ada pada Jack," Arteta menjawab dalam sidang media pada hari Rabu, seperti yang dilaporkan Football London.

Pun begitu, adakah The Gunners benar-benar boleh membawa masuk semula ikon tersohor ini?

Tidak dapat dinafikan bahawa Wilshere sememangnya disenangi di Arsenal dan jelas merupakan sebahagian daripada pasukan.

Malah ramai diantara penyokong dan peminat Arsenal mahu melihat Wilshere bermain dan mewakili skuad Arteta, lebih-lebih setelah  dia berlatih bersama skuad The Gunners ketika ini.

Dia masih mempunyai banyak kualiti, tetapi bolehkah Arsenal mengambil risiko memberinya kontrak dan bermain dengannya dalam saingan kali ini?

Bournemouth tidak menyambung kontrak Wilshere selepas diturunkan liga musim ini dan mereka bersaing dalam saingan kedua tertinggi bolasepak Inggeris (ketika ini), pun dilihat tidak mahu mengambil risiko untuk menggunakan bekas pemain Arsenal ini.

Ini juga boleh menimbulkan persoalan, bukan pada kemampuan pemain itu tetapi mengenai tahap kecergasan, setelah dia hanya membuat 14 penampilan sahaja musim lalu bersama Bournemouth.

Pun begitu, walaupun The Cherry tidak melanjutkan kontraknya, tetapi di Arsenal, dia boleh didapati secara percuma.

Mungkin kontrak pay as per you play boleh ditawarkan kepada Wilshere sebagaimana yang pernah dilakukan Arsenal sebelum ini kepada Abou Diaby.

Apa kata anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post