Arsenal vs Watford: rekod cemerlang mesti diteruskan.

Arsenal mesti mengekalkan prestasi cemerlang dengan menjadikan Watford mangsa korban terbaru.

Arsenal bukan sahaja mengalahkan Leicester di halaman lawan dengan jaringan 2-0, malah secara teknikal juga telah memalukan mereka hujung minggu lalu.

Tandukan awal daripada Gabriel meletakkan Arsenal di hadapan dan lebih kurang 10 minit kemudian Smith Rowe bijak menyempurnakan peluang untuk menjadikan kedudukan 2-0. 

Walaupun statistik menunjukkan penguasaan padang jelas dimiliki tuan rumah, namun secara teknikalnya Arsenal lebih menguasai perlawanan itu dan sememangnya layak untuk menang.

Leceister Arsenal
64.3 Possession % 35.7
8 Shots on target 5
16 Shots 9
797 Touches 516
621 Passes 342
11 Tackles 7
15 Clearances 26
7 Corners 6
2 Offsides 1
2 Yellow cards 0
8 Fouls conceded 11

Ini dijelaskan dengan ancaman ditunjukkan Arsenal dari sayap yang banyak memberikan masalah kepada The Foxes sepanjang perlawanan itu.

Arteta benar-benar kelihatan seperti dia mula mengubah pasukan ini dan membuat mereka bermain seperti apa yang dia mahukan dan sementara projek ini baru bermula, pengendali Sepanyol itu mungkin telah memenangi hati beberapa peminat dengan keputusan dan gaya kelab yang ditampilkan baru-baru ini.

Rentak dan prestasi cemerlang Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pastinya ingin diteruskan apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Watford pada hari Ahad ini (esok). 

Pelawat menduduki tangga ke-16 dalam carta liga ketika ini dengan mengumpul 10 mata tetapi kekalahan hujung minggu ini boleh menyaksikan The Hornets jatuh ke zon penyingkiran.

Sebagaimana Arsenal, Watford juga mahu mempamerkan aksi cemerlang dan berharap keputusan yang dicatatkan mereka ditempat lawan ketika bertemu Everton berulang kembali.

Watford pastinya berusaha untuk mencipta sekali lagi kemenangan menakjubkan 5-2 mereka di Goodison Park  ketika mereka bertandang ke Stadium Emirates esok, namun mereka juga tampil tidak konsisten apabila tewas 1-0 dilaman sendiri kepada Southampton pada perlawanan terakhir sebelum ini.

Pun begitu, mereka mempunyai motivasi kuat untuk menyelamatkan diri daripada penyingkiran (berada dalam zon bahaya) ketika bertemu Arsenal malam esok.

Sementara Arsenal kini telah mengharungi sembilan perlawanan tanpa kekalahan dan telah naik dari tangga ke-20 kepada tangga ke-6 dalam carta Liga Perdana Inggeris. 

Perkembangan ini pastinya memberikan suntikan moral kepada anak buah Mikel Arteta dan skuad The Gunners berpotensi melonjak naik sebelum menuju ke rehat antarabangsa pertama untuk berada dikalangan pasukan empat teratas.

Beraksi ditempat sendiri, prestasi Arsenal tidak jauh beza dengan pasukan di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. 

Dalam lima perlawanan di tempat sendiri, The Gunners mengumpul 10 mata, menyamai mata yang dikumpul oleh Manchester City untuk berada di kedudukan kedua terbaik dan hanya dua mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga teratas.

Rekod pasukan beraksi dilaman sendiri (setakat ini).

Rank Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Chelsea 5 4 0 1 16 2 14 12
2 Man. City 5 3 1 1 12 2 10 10
3 Arsenal 5 3 1 1 9 6 3 10
4 Liverpool 5 2 3 0 10 5 5 9
5 Everton 5 3 0 2 10 8 2 9

Berbalik kepada Watford, prestasi mereka ditempat lawan sebenarnya lebih baik daripada apa yang dicatatkan mereka di Stadium Vicarage Road. 

Watford mempunyai enam mata daripada lima perlawanan ditempat lawan dan memiliki perbezaan gol +1, berbanding hanya berjaya mengumpul 4 mata dilaman sendiri serta mempunyai rekod bolos yang lebih tinggi.

Rank Watford P M S K J B +/- Mata
18 Home 5 1 1 3 4 11 -7 4
11 Away 5 2 0 3 8 7 1 6

Fakta menarik mengenai perlawanan ini adalah pengurus baharu Watford, Claudio Ranieri.

Beliau tidak pernah berjaya menewaskan Arsenal bagi aksi Liga Perdana dalam 11 percubaan (Seri:4, Kalah:7), malah tewas lima perlawanan terakhir liga di tempat lawan menentang The Gunners. 

Arsenal adalah satu-satunya pasukan yang pernah dihadapi Ranieri sekurang-kurangnya lima kali dalam karier pengurusan liga utamanya dan tidak pernah dikalahkan.

Dari segi formasi pasukan, Ranieri telah menggunakan beberapa sistem sejak menyertai Watford dan dijangkakan kali ini beliau akan menggunakan 4-3-3, tetapi jangan terkejut sekiranya melihat 4-4-2 dengan King dan Dennis mengemudi jentera serangan mereka.

Fakta kedua menarik adalah Pierre-Emerick Aubameyang, yang telah menjaringkan enam gol dalam lima penampilan Liga Perdana menentang Watford, menjaringkan dua gol dalam kedua-dua perlawanan menentang Hornets pada kempen 2019/20.

RAMALAN

Arsenal menjaringkan lebih 2.3 gol dalam perlawanan terakhir mereka menentang Watford dan kemenangan 3-2 pada tahun 2020 menjadi rekod yang menarik serta kelebihan selaku tuan rumah pastinya menjadi kelebihan kepada anak buah Mikel Arteta.

Rekod jaringan The Gunners yang menjaringkan lebih 2.5 gol dalam dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri dalam Liga Perdana (menentang Tottenham dan Aston Villa) menjadi faktor utama mengapa penulis menjangkakan bahawa Arsenal mampu menjaringkan lebih dari 2 gol untuk perlawanan esok, sekurang-kurangnya 3 gol dijaringkan The Gunners untuk memenangi perlawanan itu.



Post a Comment

Previous Post Next Post