Anda mungkin masih ingat bahawa sepanjang musim panas, AS Roma berminat untuk menandatangani pemain Arsenal, Granit Xhaka.
Perbincangan panjang dan berlarutan berlaku antara kedua-dua kelab, dengan The Gunners menetapkan harga untuk pemain itu dan enggan berganjak daripadanya, manakala pihak Itali pula kelihatan sukar untuk memenuhi permintaan itu.
Pemain itu sendiri difahamkan ingin berpindah, teruja dengan prospek bermain di bawah Jose Mourinho, tetapi Edu Gaspar akhirnya memenangi pertempuran tersebut dengan berjaya membuatkan pemain tengah itu menandatangani kontrak baharu.
Sejak itu, Xhaka selubungi dengan penggantung ekoran kad merah dan kecederaan ligamen turut menghalang pemain itu daripada beraksi dan mendapat tempat kebiasaannya di atas padang.
Perkembangan Xhaka dan situasinya ketika ini bersama Arsenal boleh membuatkan minat yang pernah ditunjukkan Roma untuk menandatanganinya kembali hadir.
Itulah yang dibayangkan oleh Corriere dello Sport pada hari Khamis, yang mendakwa tidak mustahil bagi Roma untuk membuka semula rundingan dengan Arsenal berhubung perpindahan Xhaka.
Sememangnya, ketika ini, tidak dapat dinafikan bahawa ketiadaan Xhaka di atas padang, jelas tidak mengundang banyak masalah kepada The Gunners, malah prestasi dan persembahan pasukan juga sangat menyakinkan.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan (berdasarkan situasi dan prestasi semasa The Gunners), kedudukan Xhaka perlu diteliti Arteta dan Edu.
Sekiranya tidak diperlukan dan ada pihak yang berminat mendapatkannya, jalan terbaik adalah melepaskannya dan mencari pengganti baharu yang sesuai dengan gaya permainan Arteta.
Roma mungkin kembali berusaha mendapatkan Xhaka menjelang jendela perpindahan Januari, kerana mereka mungkin akan kehilangan Denis Zakaria.