Lacazette sedia tinggalkan Arsenal.

Pemain telah memutuskan sepenuhnya untuk meninggalkan Arsenal dengan pengurus akhirnya boleh mendapat peluang untuk bekerja dengannya.

Alexandre Lacazette telah ‘memutuskan sepenuhnya’ untuk meninggalkan Arsenal pada musim panas akan datang dan Atletico Madrid sedang menunggu untuk mendapatkannya.

Itu menurut Fichajes, yang mengatakan pemain Perancis itu berada dalam senarai 'beberapa pemain terbaik' mereka yang sedang diperhatikan - dimana terdapat kemungkinan mana-mana pihak dapat menandatangani para pemain tersebut secara percuma tahun depan.

Mereka menjelaskan bahawa Atletico sentiasa berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Arsenal itu dan Lacazette, yang kontraknya bersama The Gunners akan tamat pada musim panas depan, adalah salah seorang daripada tiga pemain yang 'sangat diminati' oleh Andrea Berta (Pengarah Sukan Atletico).

Penyerang itu adalah pemain yang mana pengurus Atletico, Diego Simeone dikatakan juga berminat dan dia 'akhirnya' berpeluang untuk dikaitkan dengannya apabila penyerang itu meninggalkan Arsenal.

Berdasarkan laporan itu, perkara tersebut dianggap sebagai bila dan bukan jika, dengan laman web itu menyatakan bahawa Lacazette telah ‘memutuskan sepenuhnya’ untuk menamatkan masanya di Emirates.

El delantero francés del Arsenal, ofrecido recientemente al Madrid en un intercambio por Gareth Bale, siempre ha sido un jugador que ha gustado y mucho a Diego Pablo Simeone que ahora tendría por fin la oportunidad de contar con los servicios del atacante de 30 años, que tiene totalmente decidida su salida del Emirates Stadium a final de temporada.

(Penyerang Arsenal dari Perancis itu, baru-baru ini ditawarkan kepada Madrid sebagai pertukaran untuk Gareth Bale, sentiasa menjadi pemain yang sangat disukai oleh Diego Pablo Simeone dan kini akhirnya berpeluang untuk mengharapkan khidmat penyerang berusia 30 tahun itu, yang telah menentukan sepenuhnya pemergiannya dari Stadium Emirates pada akhir musim ini.)

Tidak disebutkan sama ada terdapat perbincangan dengan Atletico atau pihak lain pada ketika ini dan dengan jumlah laporan di sekelilingnya, sudah pasti ianya mengambil masa untuk diselesaikan.

Tambahan pula, prestasi cemerlang Lacazette baru-baru ini mungkin membuatkan Arteta memikirkan kembali perancangannya untuk pemain Perancis ini di Emirates.

Andrea Berta, Pengarah Sukan Atletico Madrid.

Sekiranya Arteta jelas dengan pendiriannya untuk melepaskan Lacazette, kedudukan Atletico dalam mendapatkan pemain ini mungkin sudah sebelah kaki dengan Berta berminat untuk membuat tawaran dan mendapatkan pemain yang nampaknya dimahukan oleh pengurusnya (Simeone).

Post a Comment

Previous Post Next Post