Pemain pinjaman Arsenal, Guendouzi diejek lawan selepas kekalahan terbaru Marseille.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meninggalkan Matteo Guendouzi daripada rancangannya pada penghujung musim 2019/20, memaksa pemain tengah itu dipinjamkan pada dua jendela perpindahan musim panas sebelum ini.
Setelah kembali dari tempoh sementaranya bersama Hertha Berlin pada kempen sebelum ini, The Gunners membenarkan pemain berusia 22 tahun itu menyertai Marseille, bersama William Saliba yang turut sama menyertai kelab itu secara pinjaman.
Guendouzi kembali menunjukkan prestasi terbaiknya bersama pasukan Ligue 1 itu dan persembahan mengagumkannya telah dihadiahkan dengan panggilan skuad kebangsaan Perancis dalam tiga rehat antarabangsa terakhir.
Bagaimanapun pasukan kendalian Jorge Sampaoli tidak mampu mara lebih jauh dalam Liga Europa musim ini selepas mengalami kekalahan 4-2 kepada Galatasaray di Turki pada Khamis lalu.
Kekalahan itu juga menyaksikan Saliba teruk dikritik media Perancis.
Perlawanan awal antara kedua-dua pasukan ini pada Oktober berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan kontroversi tercetus selepas Guendouzi mendakwa bahawa dirinya sepatutnya diberikan penalti.
Guendouzi merasakan dia sepatutnya diberikan penalti di tempat sendiri (perlawanan pertama) selepas pemain Galatasaray, Patrick Van Aanholt menjatuhkannya di dalam kotak penalti.
“Pemain (Van Aanholt) tidak menyentuh bola. Saya hilang keseimbangan apabila saya tiba dengan kelajuan penuh.
"Jelas ada penalti. Pemain tidak melakukan apa-apa kecuali mengganggu keseimbangan saya.
"Ia menjengkelkan untuk mengambil masa 10 minit hanya untuk menyemak penalti di mana benar-benar ada penalti dan tidak memberikan apa-apa selepas itu,” kata Guendouzi bulan lalu.
Bekas pemain Crystal Palace itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan komen yang dikeluarkan oleh Guendouzi.
“Merungut selepas VAR membuktikan anda salah… Budak kecil perlu berehat sebelum saya merampas rambut palsu itu dari kepala anda… Syabas kepada singa saya untuk mata yang diperolehi dengan baik,” ciapan Van Aanholt pada 1 Oktober.
Running your mouth after VAR proved you wrong... likkleman needs to relax before I snatch that wig off your head 💆🏽♂️ 😂
— Patrick van Aanholt (@pvanaanholt) September 30, 2021
Well done to my lions 🦁 for a well earned point on the roads 💛❤️ pic.twitter.com/YQmmtVGcPa
Pemain Belanda itu tidak pernah melupakan Guendouzi dan komennya, kerana perkara ini dapat dilihat selepas kekalahan terbaru Marseille, dimana Van Aanholt sekali lagi menggunakan Twitter untuk 'mengusik' pemain pinjaman Arsenal itu.
“Saya berkata apa yang saya cakap… LIKKLEMAN! JAHAT & BURUK. INI RUMAH KAMI,” kata Van Aanholt.
I said what I said... LIKKLEMAN! WICKED & BAD
— Patrick van Aanholt (@pvanaanholt) November 25, 2021
THIS IS OUR HOUSE 🦁🙌🏽
LIKKLEMAN - Ungkapan untuk mengatakan seseorang itu kecil dan ia adalah slang British yang berasal dari Patois Jamaica.
Contoh penggunaan: dia lelaki likkle / dia lelaki kecil.