Ejen pemain tengah Arsenal, Sambi Lokonga telah mempersoalkan Belgium kerana gagal memberi kliennya sebarang masa bermain semasa rehat antarabangsa.
Perkara itu tidak disedari oleh pasukan Belgium, yang memanggilnya untuk menyertai skuad kebangsaan mereka bagi menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia semasa rehat antarabangsa baru-baru ini.
Dengan skuad yang dipenuhi dengan ramai pemain berbakat, Lokonga menyedari bahawa dia mungkin tidak akan beraksi lebih banyak atau erti kata lain, tidak akan diberi peluang bermain begitu banyak.
Walaupun skuad Belgium mengalami kecederaan dengan pemain seperti Youri Tielemans dan Dennis Praet, peluang itu sepatutnya diberikan kepada pemain Arsenal untuk beraksi dipentas antarabangsa.
Namun perkara itu tidak berlaku dengan Lokonga hanya duduk memanaskan bangku simpanan ketika kemenangan 3-1 Belgium ke atas Estonia dan seri 1-1 dengan Wales.
Itu bermakna satu-satunya penampilannya untuk skuad kebangsaan Belgium setakat ini ialah penampilan singkat selama 16 minit ketika menentang Estonia pada bulan September.
Susulan itu, ejen pemain Arsenal ini jelas tidak gembira dan berang terhadap pengurus Belgium serta menyindirnya di Twitter;
“10 perlawanan dengan tempat ke-5 dalam Liga Perdana: 0 minit dalam dua perlawanan terakhir pasukan kebangsaan Belgium. Betapa besarnya skuad yang kita ada.”
10 matchen bij de nummer 5 van premier league: 0 minuten in de laatste twee wedstrijden van het Belgische nationale elftal. Wat een weelde hebben we toch.
— Stijn Francis (@StijnFrancis) November 16, 2021
Sebelum ini, Lokonga mendedahkan bahawa dia begitu teruja dan tidak sabar untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Belgium setelah disenaraikan untuk skuad Roberto Martinez.
Aksi ketika Belgium menentang Estonia adalah penampilan sulung antarabangsanya bersama skuad senior dan Lokonga membuat debut dalam keadaan positif, ketika Belgium sudah mendahului 4-1.
Lokonga berada di atas padang selama lebih 15 minit, menyempurnakan 93% daripada 14 hantarannya dan memenangi sepakan percuma.
Selepas itu, dia mengakui ia adalah detik besar untuknya.