Peluang Ramsdale menyamai rekod 16 tahun Arsenal.

Arsenal akan menentang Liverpool di Anfield hujung minggu ini dan Aaron Ramsdale boleh membuktikan yang mereka lebih silap mengenainya dengan menyamai rekod kelab berusia 16 tahun.

Ramai yang mempertikaikan saat Arsenal membelanjakan £24 juta untuk pemain Inggeris itu, pundit-pundit dan media juga 'menghentam' dengan kuat, termasuklah sebilangan peminat dan penyokong The Gunners sendiri.

Yuran perpindahan itu juga boleh meningkat kepada £30 juta, menambahkan lagi kritikan terhadap Arsenal dan pemain itu sendiri.

Lebih-lebih lagi, sebelum ini kita semua menyaksikan kelab yang diwakilinya diturunkan dari Liga Perdana Inggeris untuk musim berturut-turut, bersama Bournemouth dan kemudian Sheffield United.

Tiada siapa yang bersedia untuk memberinya peluang, tetapi Mikel Arteta mempercayai Ramsdale dan dia kini berjaya.

Bernd Leno digugurkan daripada pasukan selepas pemain Jerman itu melepaskan sembilan gol dalam tiga perlawanan pertamanya. 

Ramsdale masuk dan The Gunners tidak pernah kalah dalam semua pertandingan sejak itu.

Malah aksi tangkasnya ketika menyelamatkan gawang pada aksi menentang Leicester menerima pujian dan kini dia boleh merekodkan satu lagi pencapaian mengagumkan hujung minggu ini.

Aaron Ramsdale boleh menyamai rekod Arsenal berusia 16 tahun hujung minggu ini.

Setakat ini, Ramsdale telah bermain sembilan kali untuk Arsenal dan hanya dibolosi empat gol. 

Dia telah merekodkan enam perlawanan tanpa bolos dalam semua pertandingan, termasuk satu dalam  tiga perlawanan terakhirnya di tempat lawan untuk aksi Liga Perdana.

Itu adalah rekod yang sangat mengagumkan untuk pemain berusia 23 tahun tetapi keadaan boleh menjadi lebih baik untuknya apabila Arsenal menuju ke Anfield untuk menentang Liverpool pada hari Ahad ini.

Berjaya mengekang anak buah Jurgen Klopp daripada menjaringkan gol bermakna Ramsdale akan merekodkan empat perlawanan berturut-turut tanpa bolos di tempat lawan untuk saingan Liga Perdana. 

Pemain Arsenal terakhir yang mencapainya dalam saingan tertinggi bolasepak Inggeris ialah Jens Lehmann pada Mei 2005, lebih 16 tahun lalu.


Semoga kemenangan buat kita dan juga mencatatkan kemenangan tanpa bolos, ini pastinya akan memberikan rangsangan tambahan kepada penjaga gol muda kita.

#COYG!


Post a Comment

Previous Post Next Post