The Gunners bersiap sedia untuk menggantikan penyerang sedia ada yang berkemungkinan berpindah keluar.
Bintang Real Sociedad, Alexander Isak adalah salah seorang pemain yang dikaitkan dengan beberapa pasukan Liga Perdana dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan hari ini, Arsenal pula dikatakan mengejarnya.
Berita itu datang dari media Sepanyol Fichajes, yang mendakwa bahawa menandatangani pemain berusia 22 tahun itu telah menjadi keutamaan The Gunners.
Dikatakan pasukan London itu sedang mencari pemain untuk mengukuhkan barisan serangan mereka untuk musim depan, terutamanya kerana terdapat kemungkinan Pierre Emerick Aubameyang dan Alexander Lacazzette akan meninggalkan kelab.
Atas alasan itu, Arsenal dikatakan berminat untuk menandatangani Isak dan pemain antarabangsa Sweden itu, yang menjaringkan lima gol dan satu bantuan gol musim ini, boleh dijual oleh Real Sociedad sekiranya menerima tawaran yang tepat.
Fichajes menulis bahawa pasukan La Liga itu tidak akan menolak untuk melepaskan pemain itu sekiranya menerima tawaran cukup baik dari Arsenal.
Laporan mereka merujuk kepada nilai semasa pemain itu berdasarkan (dinilai oleh) Transfermarkt pada harga €40 juta, dan sekiranya dijual (sekurang-kurangnya pada harga tersebut), itu akan menjadi sejarah penjualan terbesar yang pernah dilakukan oleh kelab Sepanyol itu.
Bagaimanapun, memandangkan ini dikatakan sebagai persedian Arsenal untuk musim depan, besar kemungkinan juga langkah itu tidak mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat (jendela perpindahan musim sejuk) seperti yang mereka katakan.