Kelab Liga Perdana Inggeris berebut untuk mendapatkan tandatangan Nketiah.

Crystal Palace bersaing dengan West Ham dan Leeds United untuk Eddie Nketiah.

Eddie Nketiah berada dalam radar beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika dia akan menamatkan kontrak bersama Arsenal dan akan meninggalkan Emirates pada Januari nanti.

Menurut laman sesawang Transfer Market Web, terdapat barisan panjang yang beratur untuk menandatangani Nketiah, yang boleh didapati pada jendela Januari ini. 

West Ham United, Crystal Palace dan Leeds United antara yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Arsenal itu.

Nketiah enggan menandatangani perjanjian baharu pada musim panas apabila Arsenal cuba melanjutkan tempohnya dan melindungi nilai pemain tersebut. 

Arsenal sebelum ini berpeluang untuk mendapatkan wang dari pemain ini apabila Crystal Palace menawarkan £10 juta pada akhir jendela musim panas dahulu, tetapi The Gunners menuntut hampir £20 juta untuk bintang muda mereka itu.

Palace akhirnya menandatangani Odsonne Edouard dari Celtic, yang sejak itu menjadi pemain sensasi di Selhurst Park. 

Bagaimanapun, dengan Patrick Vieira ingin membawa lebih ramai bakat tempatan dan pemain berprofil lebih muda, Nketiah sesuai dengan rancangannya. 

Pasukan London itu mungkin kembali pada Januari nanti dan mengintai peluang untuk menandatangani penyerang itu.

Nketiah hanya beraksi dua kali musim ini, dengan kedua-dua penampilan muncul dalam Piala EFL, menjaringkan dua gol dalam tempoh itu. 

Dia telah mempamerkan aksi yang menyakinkan sejak pra-musim, walaupun mengalami kecederaan pada buku lalinya, namun ia nampaknya tidak memberi kesan pada tahap kecergasannya. 

Terdapat minat yang ketara dari kelab-kelab England dan juga dari kelab di seluruh Eropah untuk menandatanganinya.

Arsenal dilaporkan masih cuba menawarkan perjanjian baharu kepadanya untuk melindungi nilai pasaran pemain muda itu, walaupun pada akhirnya mereka akan menerima bayaran pampasan asas jika Nketiah berpindah secara percuma pada musim panas depan. 

Leeds United sangat mengagumi penyerang itu, dengan dia telah menghabiskan masa sekitar enam bulan secara pinjaman di Elland Road di bawah Marcelo Bielsa sebelum Mikel Arteta tiba di Arsenal. 

Kelab Yorkshire itu mungkin menghidupkan semula minat mereka kerana mereka menghadapi masa yang tidak menentu akibat masalah kecederaan Patrick Bamford, menyebabkan mereka kekurangan pilihan di barisan hadapan.

Leeds disertai oleh West Ham United, yang mungkin terbukti menjadi destinasi yang menarik kerana prestasi semasa mereka. 

Menyertai The Hammers akan membolehkan Nketiah memasuki pertandingan Eropah, yang tidak tersedia di Leeds atau Palace dan juga di Arsenal musim ini.

David Moyes mahukan penjaring gol yang boleh dipercayai untuk membantu dan menjadi pemain sandaran (backup) kepada pemain bintang mereka, Michail Antonio. 

Walaupun peranan itu tidak menjamin tempat dalam kesebelasan utama, namun ia sudah tentu membolehkan The Hammers memberikan tekanan kepada pemain penting mereka dalam mengekalkan prestasi.

Kehadiran Nketiah juga membolehkan jentera serangan Moyes lebih berkualiti dalam perlawanan dengan sandaran yang boleh dipercayai.

Peranan sebegitu mungkin menjadi sesuatu yang lebih baik kepada Nketiah berbanding pada situasinya di Arsenal, di mana Pierre-Emerick, Aubameyang, Alexandre Lacazette dan Gabriel Martinelli yang mana kesemua pemain ini mengatasinya (lebih menjadi pilihan Arteta).

Memandangkan Arteta enggan menggunakannya dalam Liga Perdana, perpindahan pada bulan Januari boleh memberi manfaat kepada semua pihak yang berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post